Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umat Islam S'pura sambut Aidiladha pada 20 Julai

Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Selasa, 20 Julai 2021.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Haji pada Selasa, 20 Julai 2021.
Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkannya sempena pengumuman sambutan awal Zulhijjah bagi tahun 1442 Hijrah.

Berikut teks perisytiharan penuh sambutan awal Zulhijjah di negara ini.

Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 20 minit setelah terbenam matahari petang tadi.

Oleh yang demikian awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1442H jatuh pada esok Ahad bersamaan 11 Julai 2021.

Maka sukacita saya mengisytiharkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada hari Selasa bersamaan 20 Julai 2021.

Marilah kita hidupkan hari-hari yang suci ini dengan ketaatan dan amal kebaikan. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan di sebalik Aidiladha dan menyambutnya dengan selamat dan bahagia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan