Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umat Islam S'pura diseru tabah tempuhi lembaran 1443 Hijrah; semai terus 'sifat terpuji' harungi masa sukar

Biarpun seluruh alam semesta belum bebas daripada cengkaman COVID-19 yang membawa rentetan ujian kepada warga sejagat, masyarakat Melayu/Islam di Singapura terus menunjukkan keteguhan dan semangat kental melayari kehidupan dalam norma baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam S'pura diseru tabah tempuhi lembaran 1443 Hijrah; semai terus 'sifat terpuji' harungi masa sukar

Jemaah yang tiba di Masjid Yusof Ishak untuk solat sunat Aidilfitri di tengah-tengah langkah selamat COVID-19 pada 13 Mei 2021 (Gambar fail: MUIS)

SINGAPURA: Biarpun seluruh dunia belum bebas daripada cengkaman COVID-19 yang membawa rentetan ujian kepada warga sejagat, masyarakat Melayu/Islam di Singapura terus menunjukkan keteguhan dan semangat kental melayari kehidupan dalam norma baru.

"Sifat terpuji" yang memaparkan ciri-ciri Masyarakat Gemilang ini membanggakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, seperti diluahkannya dalam satu catatan Facebook hari ini (9 Ogos).

Beliau berharap, melangkah ke tahun baru 1443 Hijrah, nilai-nilai murni itu akan dapat terus disemai apabila masyarakat Muslim setempat mendepani masa-masa menyulitkan yang datang menerpa kelak.

"Kita akan menyambut kehadiran tahun baru Islam senja nanti apabila azan Maghrib berkumandang menandakan tibanya 1 Muharram 1443 Hijriah," Encik Masagos membuka bicara dalam catatan Facebooknya petang tadi.

"Harapan saya agar masyarakat kita akan terus teguh mengharungi masa-masa mencabar ini dengan tenang, sabar dan penuh takwa seperti semangat Hijrah yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah dahulu," ungkapnya.

Sempena tahun baru Hijrah ini, beliau juga berharap umat Islam tempatan akan membuka lembaran segar dengan meniup azam yang baru dalam usaha mereka melindungi serta memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

"Semoga kita berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan segera."

"Salam Maal Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat!," ucapnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan