Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Khamis ini, 19 Februari 2026.
Demikian diisytiharkan Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Berikut ini adalah pengumuman awal Ramadan oleh Mufti Negara dan perutusan ringkasnya sempena bulan mulia ini:
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura
ketika matahari terbenam petang tadi kerana bulan telah terbenam 4 minit lebih awal
daripada matahari.
Ini bererti esok adalah hari penggenap bulan Syaaban sebanyak 30 hari.
Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan pada tahun 1447 Hijrah jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura: 'Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keihsanan daripada Allah s.w.t'
Rebutlah peluang ini untuk menjadi Muslim yang lebih cemerlang dengan ketekunan beribadah dan juga dengan kesyukuran, keihsanan, kesopanan dan kesantunan dalam urusan sesama kita.
Semoga Allah s.w.t menerima segala amal kebajikan kita dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.