Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada 23 Mac

Masyarakat Islam di Singapura akan memulakan ibadah puasa pada Khamis (23 Mac). Demikian diisytiharkan Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada 23 Mac

Masyarakat Islam di Singapura akan memulakan ibadah puasa pada Khamis (23 Mac)

SINGAPURA: Masyarakat Islam di Singapura akan memulakan ibadah puasa pada Khamis (23 Mac).

Demikian diisytiharkan Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Berikut adalah pengumuman awal Ramadan oleh Ustaz Dr Nazirudin dan perutusan ringkas beliau sempena bulan puasa ini:
Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dalam menentukan bila bermulanya bulan-bulan Islam, Singapura menggunakan kiraan hisab, berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah yang menentukan sama ada anak bulan boleh dilihat ataupun sebaliknya.

Berdasarkan kriteria ini, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 38 minit.

Oleh demikian, suka saya mengisytiharkan bahawa Ramadan pada tahun ini tahun 1444 Hijriah bermula esok, Khamis, bersamaan 23 Mac tahun 2023.


Selamat menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, bulan penuh rahmah, pengampunan, keikhsanan, kesabaran dan kesyukuran.
Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan