Skip to main content

Singapura

Ular sawa kuning ditemui di blok HDB di Queensway

AVA menasihati orang ramai supaya bertenang jika ternampak seekor ular dan tidak menyerangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular sawa kuning ditemui di blok HDB di Queensway

Ular sawa yang ditemui di Blok 168A Queensway. (Gambar: Annie)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 02:32PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 02:35PM

SINGAPURA: Seekor ular sawa berwarna kuning sudah dialihkan selepas ia ditemui di sebuah blok HDB di Queensway pagi ini (18 Jul).

Majlis Bandaran Tanjong Pagar menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian itu di Blok 168A Queensway pada sekitar jam 8.20 pagi oleh pengerusi jawatankuasa penduduk.

Ular itu akhirnya dialihkan oleh kontraktor Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), menurut majlis bandaran.

Ular sawa itu ditemui berdekatan corong pembuangan sampah di belakang blok itu. Penduduk Annie memberitahu Mediacorp bahawa ular itu berada di sana selama sekurang-kurangnya sejam setengah, sejak jam 7.00 pagi.

"Ular itu di bawah blok saya sahaja. Seorang jiran bernama Felicia memberitahu kami, jadi kami pergi ambil gambar," katanya.

"Beberapa penduduk meletakkan sampah sarap dekat dengan ular itu supaya mereka tidak menghampiri ular itu," beliau menambah.

AVA menasihati orang ramai supaya bertenang jika ternampak seekor ular dan tidak menyerangnya.

"Jika ular itu di dalam bilik rumah anda, bawa keluar anak-anak dan binatang peliharaan anda dari bilik itu dan tutup semua pintu dan tingkap kecuali pintu atau tingkap yang menuju ke luar," AVA menyatakan di lelamannya. "Ini supaya ular itu dapat keluar."

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita