Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

UK setuju sertai CPTPP; anggota pakatan usahakan protokol penyertaan

Singapura mengucapkan tahniah kepada United Kingdom kerana bersetuju untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Perkongsian Rentas Pasifik (CPTPP).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengucapkan tahniah kepada United Kingdom kerana bersetuju untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Perkongsian Rentas Pasifik (CPTPP).

Ia menyifatkan langkah Britain itu sebagai satu peristiwa penting.

11 negara rantau Asia-Pasifik yang sudah menjadi anggota blok perjanjian dagangan bebas itu telah mencapai kata sepakat untuk menerima penyertaan Britain.

Singapura kini bekerjasama dengan anggota pakatan yang lain mengenai protokol penyertaan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata penyertaan Britain dalam pakatan perdagangan itu akan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan.

Ia juga akan memudahkan syarikat-syarikat Singapura berniaga dalam pasaran Britain.

Encik Gan menambah bahawa langkah itu juga akan meningkatkan lagi hubungan ekonomi dua hala Singapura dengan UK.

Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran pula berkata,
Singapura kekal komited untuk memastikan CPTPP mempunyai piawai tinggi, teguh dan relevan.

Ini akan membawa manfaat kepada Singapura dan perniagaan.
Sumber : CNA/LL/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan