Ujian wajib COVID-19 bagi penduduk 8 blok Bukit Merah View dilancarkan
Operasi ujian wajib bagi para penduduk lapan blok di Bukit Merah View bermula hari ini (20 Jun).
SINGAPURA: Operasi ujian wajib bagi para penduduk lapan blok di Bukit Merah View bermula hari ini (20 Jun).
Operasi itu diteruskan esok dan melibatkan sekitar 1,100 isi rumah.
Ia dilakukan setelah 21 kes COVID-19 dikesan di blok 119 yang terletak hanya 3 minit perjalanan dari kelompok aktif terbesar sekarang di kawasan tersebut.
21 kes itu melibatkan sembilan isi rumah yang berlainan.
Selain itu, serpihan virus COVID-19 juga dikesan dalam contoh-contoh air kumbahan dari kawasan tersebut.
Sejauh ini, pihak berkuasa belum pasti tentang sumber penularannya.
Selain itu, Kementerian Kesihatan juga melakukan ujian wajib COVID-19 bagi kakitangan dan penyewa di lima blok di Beo Crescent.
Kawasan di Tiong Bahru itu telah dikunjungi pesakit-pesakit COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.