Skip to main content

Singapura

Ujian tapak nyamuk Wolbachia 'berhasil', diperluas ke Choa Chu Kang, Bukit Batok

Mulai bulan ini, nyamuk-nyamuk Aedes jantan yang membawa bakteria Wolbachia akan dilepaskan di beberapa kawasan penularan denggi yang lebih berisiko di Choa Chu Kang, Keat Hong dan Hong Kah North.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian tapak nyamuk Wolbachia 'berhasil', diperluas ke Choa Chu Kang, Bukit Batok

(Gambar hiasan: Miguel Schincariol/AFP)

Diterbitkan : 06 May 2020 06:18PM Dikemas Kini : 06 May 2020 06:21PM

SINGAPURA: Mulai bulan ini, nyamuk-nyamuk Aedes jantan yang membawa bakteria Wolbachia akan dilepaskan di beberapa kawasan penularan denggi yang lebih berisiko di Choa Chu Kang, Keat Hong dan Hong Kah North.

Ia adalah sebahagian daripada kajian yang dijalankan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk mengurangkan jumlah nyamuk Aedes bagi memerangi penyakit denggi.

Apabila nyamuk-nyamuk jantan itu mengawan, telur yang dihasilkan tidak akan menetas.

Langkah terbaru itu merangkumi 207 blok flat.

NEA menyatakan pada Rabu (6 Mei) secara purata, sehingga enam nyamuk bagi setiap orang akan dilepaskan di ruang-ruang bersama seperti kolong blok dan tangga.

Kajian itu diperluaskan berikutan kemajuan yang dicapai dengan menggunakan teknologi Wolbachia di tapak-tapak sedia ada di Yishun dan Tampines.

Jumlah nyamuk Aedes di dua tapak ujian itu telah menjunam lebih 90 peratus.

Bilangan kes denggi yang dilaporkan pula adalah antara 65 peratus hingga 80 peratus lebih rendah berbanding kawasan-kawasan lain. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita