Ujian saringan cegah barah usus
Satu kajian baru-baru ini mendapati, sekiranya seseorang diuji positif dua kali bagi saringan awal barah usus, ia bermakna beliau 12 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit itu berbanding mereka yang hanya diuji positif sekali saja.
SINGAPURA: Satu kajian baru-baru ini mendapati, sekiranya seseorang diuji positif dua kali bagi saringan awal barah usus, ia bermakna beliau 12 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit itu berbanding mereka yang hanya diuji positif sekali saja.
Lebih 1,500 pesakit mengambil bahagian dalam kajian ini.
Dalam kalangan mereka yang dua kali diuji positif bagi saringan awal, sekitar 14 peratus ternyata benar-benar mengalami barah usus - iaitu salah satu jenis barah yang paling lazim di Singapura.
Lantaran itulah, para pakar menggesa orang ramai supaya menggunakankit Ujian Immunokimia Najis (FIT) yang berupaya mengesan barah itu dengan cepat.
Kit tersebut mengesan darah dalam najis yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Ia boleh digunakan di rumah dan diberi percuma bagi mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Cara menggunanya juga mudah, menurut Dr Chee Cheng Ean, Pengerusi, Jawatankuasa Tingkat Kesedaran Barah Usus.
"Bila kita dapatkan 'FIT Kit', di dalam ada dua jenis botol. Jadi, selepas buang air besar, ambil sedikit najis menggunakan 'aplicator' yang disediakan dan masukkan sampel najis ke dalam botol.
"Botol yang kedua boleh dilakukan dua atau tiga hari kemudian. Masukkan botol pertama dalam sampul surat yang disediakan dalam kit, lepas itu boleh dikirimkan kembali," jelas Dr Chee.
Tambahnya, 'FIT Kit' itu boleh diambil di pejabat Persatuan Barah Singapura atau di farmasi dan juga poliklinik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.