Skip to main content

Singapura

Ujian pertama guna amonia sebagai bahan api marin dijalankan atas kapal SG

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian pertama guna amonia sebagai bahan api marin dijalankan atas kapal SG

Kapal Fortescue Green Pioneer berlayar dari pangkalannya di Singapura ke Dubai bagi COP28. (Gambar: Fortescue)

Diterbitkan : 15 Mar 2024 02:27PM Dikemas Kini : 15 Mar 2024 02:45PM
SINGAPURA: Ujian pertama di dunia menggunakan amonia sebagai bahan api marin dijalankan di atas sebuah kapal berdaftar di Singapura.

Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan syarikat Australia Fortescue pada Jumaat (15 Mei).

Kapal Fortescue Green Pioneer itu diisi dengan cecair amonia dari sebuah kemudahan amonia sedia ada di Terminal Vopak Banyan di Pulau Jurong bagi ujian tersebut, menurut satu kenyataan media bersama.

Kapal yang boleh menggunakan dua jenis bahan api itu boleh diisi dengan amonia digabungkan dengan diesel.

Amonia, yang dihasilkan sebagai kimia dengan menggabungkan nitrogen dari udara dengan hidrogen, antara beberapa bahan api alternatif yang sedang diteroka syarikat atau pemilik kapal untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Sebagai pembawa hidrogen, ia boleh "dipindahkan ke pusat-pusat permintaan bagi menjana kuasa" dan sebagai bahan api marin untuk menyokong peralihan tenaga, menurut kenyataan media itu.

Ujian itu akan dijalankan bagi tempoh lebih tujuh minggu dan termasuk ujian teliti "sistem penyimpanan amonia, paip berkaitan, sistem penghantaran bahan api gas, enjin yang dinaik taraf dan kelayakan melakukan pelayaran" kapal tersebut, menurut MPA dan Fortescue.

Ini menandakan "kemajuan besar dalam perkembangan keupayaan mengisi berbilang bahan api untuk menyokong pendigitalan, proses menghapuskan karbon dan pembangunan tenaga kerja bagi perkapalan antarabangsa."

Fortescue Green Pioneer menjadi kapal pertama di dunia yang kuasanya dijana menggunakan amonia pada 2022 menyusuli kejayaan ujian yang dijalankan di darat di Perth, Australia Barat.

Kapal itu melakukan pelayaran dari Singapura ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu dan dipamerkan di Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan COP28 di Dubai.

Selepas ujian bahan api, kapal itu juga menerima kelulusan bendera daripada Pendaftar Kapal-Kapal Singapura dan tanda "Gas Fuelled Ammonia" oleh persatuan klasifikasi DNV untuk penggunaan amonia digabung dengan diesel sebagai bahan api marin.

Penguasa pelabuhan Singapura juga menyenarai pendek syarikat-syarikat bagi penjagaan tenaga dan mengisi bahan api amonia di Pulau Jurong dan akan seterusnya memilih pemaju utama bagi projek tersebut.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita