Ujian percuma COVID-19 bagi mereka yang ke kedai Sengkang West Ave pada 12-30 Mei: MOH
Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang telah pergi ke kedai di Blok 455 Sengkang West Avenue dan menasihatkan mereka supaya menjalani ujian koronavirus.

Petikan Google Maps.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang telah pergi ke kedai di Blok 455 Sengkang West Avenue dan menasihatkan mereka supaya menjalani ujian koronavirus.
Tiada butiran lanjut mengenai kes itu diberikan dalam kenyataan medianya pada Rabu (2 Jun).
Mereka yang telah ke sana antara 12 Mei dengan 30 Mei ditawarkan ujian percuma COVID-19 untuk "segera menangani sebarang potensi risiko penularan koronavirus dalam masyarakat yang lebih meluas dan tidak dikesan".
Mereka yang telah ke kedai-kedai tersebut pada tarikh yang disenaraikan digalak supaya pergi ke pusat pemeriksaan daerah atau Klinik Kesediaan Kesihatan Awam Swab dan Hantar Pulang untuk mendapatkan ujian percuma COVID-19 jika rasa kurang sihat.
MOH menambah bahawa semua pengunjung ke kedai di sana semasa tempoh itu juga dinasihatkan supaya memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.