Skip to main content

Singapura

Ujian khas COVID-19 bagi kakitangan Lapangan Terbang Changi selepas varian UK dikesan pada 3 kes masyarakat

Kementerian Kesihatan (MOH) akan memulakan operasi ujian khas COVID-19 untuk para kakitangan yang sejak 31 Disember tahun lalu bekerja di Jewel Lapangan Terbang Changi dan kedai-kedai di Terminal 3.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian khas COVID-19 bagi kakitangan Lapangan Terbang Changi selepas varian UK dikesan pada 3 kes masyarakat

Menara kawalan Lapangan Terbang Changi di hadapan Jewel Lapangan Terbang Changi, (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Jan 2021 09:54AM Dikemas Kini : 27 Jan 2021 10:00AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan memulakan operasi ujian khas COVID-19 untuk para kakitangan yang sejak 31 Disember tahun lalu bekerja di Jewel Lapangan Terbang Changi dan kedai-kedai di Terminal 3. Ini selepas tiga jangkitan dalam masyarakat yang dilaporkan sebelum ini diuji positif varian baru koronavirus dari Britain yang lebih mudah berjangkit.

Menurut MOH, penjujukan seluruh genom dan analisis filogenetik yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional mendedahkan bahawa kes-kes yang dilaporkan sebelum ini - termasuk pemegang pas kerja warga Korea Selatan berusia 24 tahun yang bekerja di Hotel Crowne Plaza Lapangan Terbang Changi - diuji positif varian baru itu yang pertama kali dikesan di United Kingdom dan secara rasmi dikenali sebagai varian B117.

Kes-kes itu mungkin berhubung kait, tambah MOH.

Kementerian itu sebelum ini menyatakan bahawa lelaki tersebut pada awalnya "diuji positif" bagi jenis COVID-19 yang lebih mudah berjangkit itu.

Dua lagi kes melibatkan seorang lelaki warga Singapura yang bekerja di Persatuan Pengakap Singapura dan isterinya yang bertugas di OCBC Tampines Center One. Pasangan itu, kedua-duanya berusia 39 tahun, disahkan positif COVID-19 pada 15 Jan.

MOH menyatakan bahawa siasatan epidemiologi mendapati bahawa pasangan itu mengunjungi Jewel Lapangan Terbang Changi pada 31 Disember antara 2.35 petang dengan 9.50 malam, sementara lelaki warga Korea Selatan itu berada di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama antara 7.48 malam hingga 8.49 malam.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH akan memulakan operasi ujian khas dengan menawarkan ujian kepada kakitangan yang bekerja sejak 31 Disember di Jewel Lapangan Terbang Changi dan kedai-kedai dan tempat makan awam di Terminal 3."

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita