Skip to main content

Singapura

Ujian baru kesan sakit kuning bagi bayi di 6 poliklinik

Sistem Kesihatan Universiti Nasional menjadi kelompok jagaan kesihatan pertama untuk memperkenalkan pemeriksaan tanpa menggunakan jarum bagi bayi yang mengalami sakit kuning, di enam polikliniknya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Aug 2018 08:00PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 11:03PM

SINGAPURA: Sistem Kesihatan Universiti Nasional menjadi kelompok jagaan kesihatan pertama untuk memperkenalkan pemeriksaan tanpa menggunakan jarum bagi bayi yang mengalami sakit kuning, di enam polikliniknya.

Prosedur itu sebelum ini disediakan di beberapa hospital sahaja.

Hanya satu imbasan pada dada dan alat berkenaan sudah boleh mengesan sama ada seorang bayi yang baru lahir mengalami sakit kuning.

Keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan jumlah cahaya yang dipantulkan dari kulit bayi. Dari situ, alat ini boleh mengira jumlah bilirubin atau pigmen kuning yang terdapat dalam bayi berkenaan.

Ini amat berbeza dengan cara lama di mana tapak kaki bayi ditusuk untuk mendapatkan darah bagi menjalankan ujian.

"Jika dibandingkan dengan anak saya yang pertama, yang harus menjalani ujian darah, anak saya yang kedua, saya rasa lebih selesa kerana dia menggunakan alat mesin TcB," kata Cik Nursurya Zaini, seorang ibu yang mengongsi pengalamannya.

Kaedah ini juga lebih cepat dan murah, kata Pengurus Jururawat Kanan Rosna Sabani, yang bertugas di Poliklinik Pioneer.

"Jika dahulu, ibu bapa perlu menjalani ujian darah. Sekarang dengan kaedah TcB, mereka dapat mengurangkan perbelanjaan sekitar 30 peratus daripada kos yang mereka biayai dahulu," kata Cik Rosna.

Kiraan TcB mengambil masa hanya dua minit, berbanding 30 minit yang diperlukan untuk menjalani ujian darah biasa.

Sejak ia dimulakan di semua enam Poliklinik Universiti Nasional pada Mei lalu, seramai 1,200 bayi sudahpun menjalani ujian dan lebih 80 peratus daripada mereka tidak perlu menjalani ujian darah. 

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita