Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ujian air liur kesan COVID-19 diperiksa bagi kegunaan meluas

Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menjalankan ujian lapangan bagi menilai sama ada atau tidak ujian air liur dapat digunakan secara lebih meluas di Singapura, katanya pada Jumaat (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian air liur kesan COVID-19 diperiksa bagi kegunaan meluas

Pekerja jagaan kesihatan mengambil sampel ujian hidung bagi COVID-19 daripada seorang pekerja asing di dormitori pekerja asing di Singapura pada 27 Apr 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 10:12PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 10:14PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menjalankan ujian lapangan bagi menilai sama ada atau tidak ujian air liur dapat digunakan secara lebih meluas di Singapura, katanya pada Jumaat (18 Sep).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan faktor-faktor itu termasuk keutuhan pengumpulan sampel, kekerapan serta kecekapan proses di makmal dan keupayaan memenuhi bilangan ujian yang tinggi menerusi ujian berkumpulan.

Buat masa ini, kebanyakan sampel bagi ujian COVID-19 di Singapura dikumpul melalui rongga hidung atau tekak.

Dengan ujian berkumpulan, swab dilakukan secara berkumpulan dan ujian perseorangan akan dijalankan jika kumpulan itu menghasilkan keputusan positif. Ini memberikan hasil yang tinggi dan membolehkan MOH memproses secara lebih berkesan jumlah ujian yang banyak setiap hari, kata seorang jurucakap MOH.

Menurut MOH, ia kerap memeriksa kesesuaian teknologi ujian yang baru dan kaedah pengumpulan sampel bagi meluaskan kapasiti ujiannya.

"Dengan munculnya kaedah ujian yang baru, kami juga meneroka secara aktif kaedah pengumpulan alternatif yang dapat membantu membaiki keberkesanan pengumpulan sampel dan keselesaan individu, di samping memberikan tahap ketepatan sewajarnya dalam mengesan kes," tambah MOH.

Hasil dapatan awal menunjukkan bahawa ujian air liur mungkin lebih selesa bagi sesetengah individu, tambahnya lagi.

"Namun, mekanisme untuk meningkatkan ujian air liur di makmal, termasuk ujian berkumpulan, masih sedang dibangunkan."

MOH sebelum ini menyatakan ia melakukan semakan kerap terhadap strategi ujiannya.

Pada bulan lalu, ia mengumumkan rancangan untuk menawarkan ujian COVID-19 kepada kumpulan masyarakat seperti pemandu teksi, pekerja penghantaran makanan serta pegerai di pusat-pusat penjaja, pasar dan kedai kopi sebagai usaha meluaskan rejim ujian.

Kos ujian sekali sahaja itu akan dibiayai Pemerintah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan