Skip to main content

Singapura

Uji cuba hantar makanan dari Sentosa ke Pulau Sekijang Bendera guna dron dilancar hari ini

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Mar 2022 09:11PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 09:13PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, dron-dron mungkin dapat mengirimkan hidangan makanan yang baru sahaja disiapkan kepada para pengunjung di pulau-pulau Selatan Singapura.

Ini jika projek perintis meneroka kiriman makanan dari Sentosa ke pulau-pulau lain menggunakan dron, berjaya dilaksanakan.

Ia dilancarkan hari ini (23 Mac) sebagai sebahagian daripada Skim Sentosa X Enterprise.

Di bawah uji cuba tersebut, para peserta memesan makanan daripada restoran-restoran di Sentosa menggunakan wadah khidmat penghantaran makanan foodpanda.

Para penghantar makanan mengambil makanan itu ke tapak tertentu di Pantai Tanjong di Sentosa, sebelum diterbangkan dron sebelum sejauh 4 kilometer ke Pulau Sekijang Bendera.

Penerbangan itu hanya mengambil masa tujuh minit sahaja.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita