Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan PM Lee pada 29 Ogos

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2021 09:01PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 10:51PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (29 Ogos).

Encik Lee akan menyampaikan ucapan beliau dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dari pukul 6.45 petang hingga 7.15 malam manakala ucapannya dalam Bahasa Inggeris bermula pada pukul 8.00 malam hingga 9.15 malam, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (23 Ogos).

Ucapan beliau itu juga akan disiarkan di saluran TV dan stesen radio tempatan.

CNA akan menyiarkan ucapan Encik Lee dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris mulai pukul 6.45 petang dan ucapan dalam Bahasa Inggeris pada pukul 8.00 malam.

Ucapan Encik Lee juga akan disiarkan dalam Bahasa Inggeris di Saluran 5, Okto dan CNA938; dalam Bahasa Mandarin di Saluran 8, Saluran U dan Capital 95.8FM; dalam Bahasa Melayu di Suria dan Warna 94.2FM dan dalam Bahasa Tamil di Vasantham dan Oli 96.8 FM.

Siaran langsung ucapan itu boleh diikuti melalui CNA, meWATCH dan 8world.com serta saluran YouTube PMO dan laman Facebook Encik Lee dan REACH.

Kemas kini secara langsung juga akan disediakan di laman Facebook Encik Lee serta akaun Twitternya sedang ucapan disampaikan.

Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini, yang diadakan di Mediacorp di 1 Stars Avenue, ditunda dari 22 Ogos. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan