Skip to main content

Singapura

Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan PM Lee pada 20 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada 20 Ogos.

Ia akan diadakan di Kolej Tengah Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.

Demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada Selasa (13 Jun).

Rapat Hari Kebangsaan dianggap sebagai ucapan politik paling penting dalam setahun, apabila Perdana Menteri tersebut lazimnya menggunakan perhimpunan itu untuk berkongsi mengenai perkara utama berhubung dasar-dasar negara. PM Lee akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu dahulu, diikuti dengan bahasa Mandarin dan Inggeris.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu, PM Lee menggariskan usaha-usaha pemerintah untuk melakukan lebih dalam membantu warga Singapura menangani kos kehidupan, sedang pandemik COVID-19 mengganggu rangkaian bekalan dan perang Rusia-Ukraine mendorong kenaikan inflasi.

Beliau juga menyentuh tentang keperluan untuk menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sambil menambah bahawa jika langkah tersebut diambil, ia disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab di tengah-tengah perbelanjaan jagaan kesihatan serta sosial yang melambung tinggi.

Antara pengumuman utama di acara tahun lalu, PM Lee menyatakan bahawa pelitup tidak perlu di kebanyakan tempat sedang situasi COVID-19 menjadi stabil. Beliau juga mengesahkan bahawa Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menetapkan hubungan seks antara lelaki sebagai satu jenayah, akan dimansuhkan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita