Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan disampaikan pada 21 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2022 06:27PM Dikemas Kini : 15 Aug 2022 09:51PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad (21 Ogos) di Ibu Pejabat ITE di Ang Mo Kio.

PM Lee akan memulakan ucapan dalam bahasa Melayu pada pukul 6.45 petang, sebelum beralih kepada ucapannya dalam bahasa Mandarin pada pukul 7.00 malam dan bahasa Inggeris pada pukul 8.00 malam, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (15 Ogos).

Ia akan disiarkan di saluran TV dan stesen radio tempatan. Mediacorp akan menyiarkan semua ucapan dengan sarikata Inggeris.

Ucapan PM Lee juga disiarkan dalam Bahasa Inggeris di Channel 5 dan CNA938; Bahasa Mandarin di Channel 8, Channel U dan Caipital 95.8FM; dalam Bahasa Melayu di Suria dan Warna 94.2FM; dan Tamil di Vasantham dan Oli 96.8FM.

Selain siaran di saluran-saluran TV tempatan, orang ramai boleh mengikuti Rapat Umum itu menerusi penstriman secara langsung menerusi CNA, saluran YouTube CNA, meWATCH.sg dan 8world serta YouTube PMO, akaun Facebook PM Lee serta REACH.

Kemas kini secara langsung turut disediakan ketika ucapan disampaikan di semua akaun media sosial PM Lee.

Bagi sesiapa yang ketinggalan mengikuti siaran langsung ucapan NDR, mereka juga boleh menyaksikannya di saluran YouTube PMO atau di laman rasmi PMO dari 22 Ogos.

NDR dianggap sebagai ucapan politik paling penting sepanjang tahun, menyediakan platform untuk Perdana Menteri menyampaikan ucapan utama kepada warga Singapura dan berkongsi dasar penting kepada seluruh negara.

Menurut Arkib Negara, NDR diadakan setiap tahun sejak 1966, kecuali pada 2020 apabila PM Lee membuat ucapan di Parlimen akibat penularan COVID-19.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan