Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan dijangka kupas isu kaum dan agama, bantuan bagi pekerja: Pengamat

Topik berkaitan pekerja bergaji rendah, isu kaum dan agama adalah antara perkara yang bakal disentuh oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan beliau pada Ahad (29 Ogos), menurut para pengamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Aug 2021 07:16PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 09:52PM

SINGAPURA: Topik berkaitan pekerja bergaji rendah, isu kaum dan agama adalah antara perkara yang bakal disentuh oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan beliau pada Ahad (29 Ogos), menurut para pengamat.

Ucapan PM Lee itu dianggap sebagai ucapan politik paling penting tahun ini sedang Singapura bersiap siaga untuk meneruskan kehidupan bersama COVID-19.

COVID-19 disifatkan sebagai krisis generasi kini yang banyak menjejas kehidupan semua dalam rutin seharian mereka.

Lantaran itu, para pengamat berkata pengumuman dasar penting mungkin akan dibuat oleh PM Lee dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan beliau.

Langkah itu dilihat sebagai kemungkinan menangani cabaran masa kini seperti kesan COVID-19 ke atas mata pencarian pekerja bergaji rendah.

Sehubungan dengan itu, para pengamat juga berpendapat topik pekerjaan mungkin disentuh seperti contoh bagaimana dasar-dasar imigresen mungkin menjejas kerjaya dan kehidupan rakyat.

Awal tahun ini, PM Lee berkata beliau berharap keputusan untuk membenarkan jururawat Muslimah memakai tudung mungkin dapat dibuat menjelang Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Para pengamat berkata ia akan menjadi satu platform baik untuk membincangkan perubahan penting dalam dasar awam negara.

Satu lagi tema penting yang dijangka dibentangkan dalam ucapan PM Lee adalah tentang bagaimana Singapura bersiap sedia untuk menghadapi krisis masa depan.

Daripada usaha menangani perubahan iklim hingga ke pandemik masa hadapan, para pakar berkata penduduk amat menanti-nantikan ucapan PM Lee untuk memberi jawapannya sedang Singapura mula melangkah untuk meneruskan kehidupan dalam norma baru.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan