Ubat berbahaya akibatkan 130 maut tidak dijual, didaftar di SG: HSA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan ubat-ubat batuk, selesema dan demam yang mengakibatkan lebih 130 orang maut di Indonesia tahun ini, tidak dijual mahupun didaftarkan di negara ini.
Menurut HSA, ia maklum mengenai laporan-laporan bahawa ubat cecair tersebut mengakibatkan kecederaan ginjal dan kematian kanak-kanak di luar negara.
Menurut satu kenyataan media HSA, ubat-ubat yang dimaksudkan itu termasuklah 'Unibebi Cough Sirup' dan 'Makoff Baby Cough Syrup'.
HSA menyatakan berdasarkan pemantauannya, ubat-ubat itu belum dikesan di negara ini.
HSA menambah agensi berkenaan tidak menyokong sebarang penjualan atau pembekalan ubat itu.
Penguasa kesihatan itu juga menambah, ia sejauh ini belum menerima aduan berhubung kecederaan akut ginjal atau kematian kanak-kanak berkaitan ubat cecair tersebut.
Lantaran itu, HSA menyatakan ia tidak menghentikan penjualan atau bekalan ubat cecair di Singapura.
Namun begitu, menurut HSA, mungkin ada sebilangan anggota masyarakat yang sudah mendapatkan ubat-ubat tersebut dari luar negara.
Ia menasihatkan mereka supaya memantau keadaan.
Menurut HSA, tanda-tanda kecederaan ginjal akut termasuklah air kencing yang berkurangan, bengkak pada kaki dan sendi, keletihan, sesak nafas dan muntah-muntah.

Sumber : CNA/RU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.