Ubat batuk, produk rangsang kegiatan seksual dirampas dalam serbuan di Geylang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar barangan yang dirampas semasa operasi HSA. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Tiga puluh dua orang disiasat atas beberapa kesalahan termasuk perjudian haram dan kegiatan maksiat menyusuli operasi berbilang agensi di Geylang, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (19 Okt).
Produk-produk kesihatan tidak berdaftar termasuk ubat batuk, produk merangsang kegiatan seksual dan rokok yang tidak dibayar cukai juga dirampas.
Operasi tersebut, yang dijalankan dari 25 September hingga 8 Oktober, bertujuan membanteras kegiatan haram di Geylang, yang termasuk perjudian haram, kegiatan maksiat dan penjualan ubat haram bagi merangsang kegiatan seksual, tambah polis.
Diterajui oleh Divisyen Polis Bedok, operasi tersebut disokong oleh para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).
Sembilan belas lelaki dan 13 wanita, berusia antara 21 dengan 73 tahun, sedang disiasat bagi pelbagai kesalahan.
PERJUDIAN HARAM, PRODUK KESIHATAN TIDAK BERDAFTAR
Dalam satu operasi membanteras perjudian haram melibatkan ICA dan MOM, polis menyerbu sebuah unit perindustrian di Lorong 23 Geylang, iaitu sebuah unit komersil di Ubi Road 1 serta premis F&B di Lorong 29 Geylang.
Sepuluh lelaki dan seorang wanita berusia antara 46 dengan 73 tahun, sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kesalahan perjudian di bawah Akta Kawalan Perjudian.
Meja-meja perjudian yang dipasang dan barangan lain perjudian juga dirampas semasa operasi tersebut.
Dalam satu lagi siri operasi melibatkan HSA, ICA dan CNB, produk-produk kesihatan tidak berdaftar yang termasuk ubat batuk dan pelbagai produk merangsang kegiatan seksual dirampas.
Produk-produk tersebut dianggarkan bernilai sekitar S$14,687. Satu vape dan aksesori berkaitan juga dirampas.
Empat lelaki sedang disiasat di bawah Akta Produk Kesihatan, menurut polis.
KEGIATAN MAKSIAT
Sebagai sebahagian daripada operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan maksiat, dua rumah urut yang terletak di Geylang Road disiasat kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen sah, menurut polis.
Dua wanita, berusia 39 dan 54 tahun, diberkas atas kesalahan di bawah Piagam Wanita.
CID dan Divisyen Polis Bedok, dengan sokongan ICA, juga menjalankan operasi antikegiatan maksiat, yang bertumpu kepada lorong-lorong dan hotel di kawasan Geylang.
Sepuluh wanita dan seorang lelaki antara 24 dengan 41 tahun, diberkas atas kesalahan di bawah Piagam Wanita.
Operasi penguatkuasaan juga dijalankan di cawangan hiburan awam di Geylang Road dan Geylang Lorong 18, 20 dan 35.
Dua lelaki, berusia 25 dan 26 tahun pula diberkas di bawah Akta Persatuan.
Para pegawai dari Kastam Singapura juga menjalankan penguatkuasaan terhadap rokok seludup.
Dua lelaki, kedua-duanya berusia 69 tahun, diberkas di bawah Akta Kastam kerana dipercayai mengendalikan rokok seludup. Seorang lagi lelaki berusia 64 tahun dikenakan denda gabungan kerana memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.
Siasatan terhadap 32 individu tersebut dan dua rumah urut masih dijalankan, menurut polis.
Pegawai Balai Polis Kejiranan Geylang, Superintenden Muhammad Firdaus Abdul Raub menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas sokongan kuat yang diberikan.
Beliau juga memuji para pegawai atas sikap profesional dan kecemerlangan dalam berpasukan semasa operasi.
"Polis akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk membenteras kegiatan haram."

Sumber : CNA/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.