Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ubat batuk haram dirampas; dibuat dalam tandas kondo 'kotor' di Geylang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 165 liter ubat batuk dirampas dalam serbuan ke atas sebuah unit kondominium di Geylang, yang disyaki digunakan sebagai kemudahan untuk membuat dan menyimpan ubat-ubatan terlarang.

Jumlah ubat yang dirampas semasa operasi dua hari yang berakhir pada 14 Mei itu merupakan antara yang paling banyak sejak lima tahun lalu.

Demikian menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (20 Mei).

Operasi tersebut bertujuan untuk menyekat pembuatan dan pembekalan ubat batuk kodeina dan ubat-ubatan lain yang dilakukan secara haram.
(Gambar: HSA)
"Kira-kira 165 liter ubat batuk dan lebih daripada 57,000 ubat berbeza-beza seperti ubat batuk, armodafinil dan pil tidur, dianggarkan bernilai S$130,000, dirampas dari sebuah unit kondominium di Geylang," dedah pihak berkuasa.

Pegawai HSA dan SPF memberkas suspek lelaki sedang dia meninggalkan apartmen tersebut.

Suspek kemudian membawa pihak berkuasa ke unit yang digunakan bagi operasinya sejak Disember, untuk membuat dan menyimpan ubat batuk serta ubat-ubatan lain untuk dijual secara haram di Geylang.

"Premis unit itu kotor. Ubat batuk dibuat di dalam tandas, di mana cawan pengukur mengandugi campuran ubat batuk yang tidak ditutup, di sebelah mangkuk tandas dan permukaan sinki," tambah pihak berkuasa.

HSA merampas 984 botol ubat batuk 90 mililiter, satu bekas 3.8 liter dan tiga baldi 25 liter. Peralatan digunakan untuk membuat ubat batuk seperti cawan pengukur dan pengacau juga dirampas.

Mereka didapati bersalah mengimport, membuat dan/atau membekalkan produk kesihatan terlarang boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.

Orang awam digalakkan untuk melaporkan sebarang kegiatan haram melibatkan ubat batuk dan ubat-ubatan kepada cabang penguatkuasaan HSA.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan