Ubat baru boleh perlahankan kemerosotan gejala pesakit Alzheimer
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat pertama kalinya, satu ujian perubatan ke atas sebuah rawatan antibodi berhasil untuk memperlahankan kesan penyakit Alzheimer.
Percubaan ke atas ubat baru, Lecanemab membuktikan ia mampu mengurangkan penurunan kadar kemampuan kognitif dan fungsi pesakit sebanyak 27 peratus.
Kajian itu melibatkan hampir 1,795 pesakit Alzheimer di peringkat awal berusia antara 50 hingga 90 tahun dari seluruh dunia termasuk Singapura.
Antara yang terlibat ialah Encik Jaffar.
Setelah menjalani beberapa sesi rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH), satu-satunya pusat ujian bagi ubat itu di Asia Tenggara, isterinya melihat perkembangan positif dalam diri beliau.
"Yang lama-lama dia ingat tapi yang baru-baru dia lupa tapi saya boleh lihat banyak perubahan sekarang. Dia nak bercampur dengan orang balik, nak ke sana ke sini cuma saya perlu bawa dia keluar. Doktor nasihatkan jangan biarkan dia di rumah saja.
"Jadi setiap hari, saya bawa dia keluar. Kita naik bas pergi Changi Village, pusing-pusing pun kita naik bas jalan-jalan. Jadi, Alhamdulillah lepas rawatan itu tamat, dia jauh lebih baik sekarang," kata isterinya, Cik Norhaini.

Dalam ujian tersebut, ubat Lecanemab diberikan kepada hampir 900 pesakit sepanjang tempoh 18 bulan.
Ia mendapati kadar penurunan kadar kognitif dan fungsi pesakit enam bulan lebih perlahan berbanding pesakit yang diberikan plasebo.
Sebelum ini, terdapat beberapa jenis ubat yang boleh diberikan kepada pesakit Alzheimer untuk bantu mereka tangani simptom-simptom penyakit itu seperti kurang daya ingatan untuk sementara waktu.
Namun menurut NUH, belum ada ubat yang mampu mengawal kadar penurunan kemampuan kognitif dan fungsi pesakit.
Ubat Lecanemab menyasarkan sejenis protein iaitu Amyloid yang boleh menyebabkan Alzheimer apabila terkumpul dalam otak pesakit.
Dalam kajian itu, para peserta dinilai dari segi enam perkara termasuk daya ingatan dan kemampuan menjaga diri sendiri.
"Ia memberi harapan kepada banyak pesakit demensia di Singapura. Seperti anda tahu, satu daripada 10 warga emas hidapi demensia dan ia satu beban yang besar untuk ditanggung bukan sahaja para pesakit ini tapi juga penjaga dan sistem kesihatan," kata Pengarah Pusat bagi Memori, Penuaan dan Kognisi Sistem Kesihatan Universiti Nasional, Profesor Madya Christopher Chen.
Penyakit Alzheimer merupakan punca paling lazim bagi demensia, menjejas 10 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Ubat Lecanemab dijangka mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Januari depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.