Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ubat barah mungkin dapat rawat keradangan akibat virus COVID-19: Kajian S'pura-AS

Sejenis ubat bagi rawatan barah yang mudah diperolehi dan tidak mahal berpotensi digunakan dalam rawatan COVID-19, menurut satu kajian oleh para penyelidik dari Singapura dan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ubat barah mungkin dapat rawat keradangan akibat virus COVID-19: Kajian S'pura-AS

(Gambar: NCIS)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 10:56PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 10:57PM

SINGAPURA: Sejenis ubat bagi rawatan barah yang mudah diperolehi dan tidak mahal berpotensi digunakan dalam rawatan COVID-19, menurut satu kajian oleh para penyelidik dari Singapura dan Amerika Syarikat.

Mereka mendapati ubat Topotecan untuk rawatan kemoterapi, mampu mengurangkan tahap serius dan kadar kematian akibat jangkitan virus yang menyebabkan COVID-19. Ubat itu mengurangkan keradangan dalam paru-paru haiwan yang diuji kaji dalam makmal, lantas berpotensi digunakan bagi rawatan COVID-19 dalam manusia, menurut Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS) pada Rabu (7 Apr).

Hasil dapatan penyelidik dari NCIS dan Sekolah Perubatan Icahn di Mount Sinai, Amerika Syarikat diterbitkan online dalam jurnal saintifik Cell pada Mac lalu.

Tahap keselamatan dan keberkesanan rawatan itu ke atas manusia akan diteliti di tapak-tapak klinikal di merata dunia, menurut NCIS, sambil menambah bahawa pasukannya telah mendapatkan geran penyelidikan untuk menjalankan ujian klinikal Fasa 1 ubat Topotecan ke atas pesakit COVID-19.

Kajian itu disokong oleh Majlis Kajian Perubatan Nasional Kementerian Kesihatan dan Yayasan Kajian Nasional di bawah Dana Kajian COVID-19, menurut NCIS.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan