Skip to main content

Singapura

Ubat antibodi COVID-19 buatan firma S'pura bakal diuji ke atas 1,305 pesakit

Sebagai contoh, ubat itu dianggap berkesan jika pesakit mengalami demam pada permulaan ujian dan tidak mengalami simptom lebih teruk pada akhir nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Ubat antibodi COVID-19 buatan firma S'pura bakal diuji ke atas 1,305 pesakit

Profesor Ooi Eng Eong yang juga pengasas bersama Tychan, yang menghasilkan antibodi Zika pertama di dunia. (Gambar: Tychan)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 02:18PM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 02:21PM

SINGAPURA: Satu calon ubat antibodi COVID-19 dibangunkan syarikat berpangkalan di Singapura akan diuji ke atas 1,305 pesakit tempatan dan luar negara.

Ujian itu adalah yang terakhir sebelum ia boleh diluluskan bagi rawatan di Singapura.

Firma bioteknologi Tychan pada Jumaat (11 Dis) menyatakan ia sudah menerima kelulusan daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Oktober untuk memulakan Fasa 3 ujian klinikal antibodi monoklon dipanggil TY027.

Antibodi itu akan memperlahankan jangkitan COVID-19 dalam pesakit, memulihkan mereka lebih cepat dan menyediakan perlindungan sementara terhadap virus korona itu.

Semasa ujian Fasa 3, para penyelidik akan mentadbir ubat langsung ke dalam darah pesakit relawan yang dalam peringkat awal penyakit itu.

Mereka kemudian akan menilai jika ubat itu dapat menghentikan pesakit daripada menjadi lebih teruk.

Sebagai contoh, ubat itu dianggap berkesan jika pesakit mengalami demam pada permulaan ujian dan tidak mengalami simptom lebih teruk pada akhir nanti.

"Jika antibodi itu terbukti berkesan dalam ujian ini, ia akan diserahkan untuk penelitian HSA dan agensi kawal selia lain sebagai ubat baru," menurut Tychan sambil menambah bahawa syarikat itu sedang cuba memastikan Singapura mendapat ubat itu secepat mungkin. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita