Ubah geran perumahan awam bagi pastikan flat mampu dimiliki, kata pemerhati
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemerhati hartanah Singapura berkata perubahan kepada skim-skim geran perumahan boleh menjadi satu cara untuk memastikan flat awam boleh dimampui semua golongan.
Ini lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahu memiliki rumah pertama.
Pemerintah, menurut mereka, perlu mencari jalan mengimbangi permintaan bagi estet matang dan bukan matang agar harganya dapat disederhanakan.
Para pemerhati hartanah itu berkata demikian sebagai mengulas Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (8 Ogos), mengenai perumahan awam.

BACA: Skim HDB disemak, 'bantuan tambahan' bagi pekerja lanjut usia: PM Lee
Pada masa depan, lebih banyak tapak-tapak kosong akan semakin berkurangan untuk dibina estet baharu.
Sebaliknya, lebih banyak flat baharu dibina di estet-estet sedia ada.
Demikian menurut PM Lee dalam Amanat Hari Kebangsaan beliau pada Selasa.
Namun demikian, beliau memberi jaminan, harga flat sedemikian akan dapat dimampui semua golongan.
Butirannya akan dikongsi pada Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (20 Ogos) nanti.
Para pemerhati hartanah mengatakan ia mungkin bermakna geran perumahan akan disemak semula.
"Salah satu kaedah sangat mudah yang boleh digunakan pemerintah untuk memberi lebih banyak subsidi adalah dengan mengubah syarat kelayakan dan mungkin juga jumlah geran, yang saya percaya pernah dilakukan sebelum ini," kata Eugene Lim, Pegawai Eksekutif Utama ERA Realty Network.
Buat masa ini, keluarga yang membeli flat buat kali pertama mungkin layak mendapat Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dipertingkat sehingga S$80,000.
Kaedah lain mungkin termasuk menyemak semula had pendapatan S$14,000 yang ditetapkan untuk flat Bina Ikut Tempahan (BTO).
Selain itu, para penganalisis percaya, ada keperluan untuk mengimbangi permintaan dengan menjadikan setiap estet, sebuah estet yang baik.
Setakat ini, projek BTO di estet-estet matang berharga lebih tinggi kerana persepsi bahawa ia ada kemudahan lebih baik dan mudah diakses.
Namun, flat di estet bukan matang seperti Sengkang juga tinggi harganya di pasaran jualan semula.
Oleh itu, para penganalisis berpendapat, sudah tiba masanya untuk menyemak klasifikasi estet "matang" dan "bukan matang".
Ia juga merupakan saranan yang pertama kali dibentangkan pemerintah pada November tahun lalu.
"Objektif jangka panjang pemerintah adalah untuk menjadikan setiap bandar HDB dan setiap flat HDB, rumah yang baik," kata Dr Walter Theseira, seorang Pensyarah Kanan Universiti Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
"Dan ini bermakna, jika anda menemui tempat-tempat di Singapura, yang kini kurang diingini, ini mungkin kerana kekurangan kemudahan atau kekurangan keterhubungan pengangkutan."
"Saya rasa objektif pemerintah adalah untuk cuba menangani isu-isu ataupun masalah dengan estet itu agar pada masa hadapan, setiap tempat di Singapura menjadi cukup menarik. Dan saya rasa ia sangat penting kerana kita mahu memastikan bahawa orang ramai punya banyak pilihan, dari segi di mana mereka mahu tinggal," tambahnya.
Misalnya, sudah ada rancangan untuk membina daerah pusat perniagaan kedua di kawasan barat di Daerah Tasik Jurong.
Para penganalisis juga merujuk kepada penempatan semula Sekolah Rendah ACS ke estet Tengah sebagai satu cara untuk meningkatkan permintaan bagi flat di kawasan baharu.
Meskipun lebih banyak kemudahan diperkenalkan di kawasan-kawasan itu, estet matang tidak dilupakan.
Dalam pada itu, PM Lee juga berkata pada tahun lalu bahawa estet matang tidak akan dipinggirkan dalam usaha untuk membangunkan Singapura.
Ini meskipun Singapura merancang untuk membangunkan lebih banyak bandar seperti Greater Southern Waterfront.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.