Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Twitter menang kes mahkamah, syarikat teknologi SG gagal daftar logo burung

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter menang kes mahkamah, syarikat teknologi SG gagal daftar logo burung

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 04:38PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 04:38PM
SINGAPURA: Sebuah syarikat pemula teknologi tidak dapat mendaftarkan logo burung yang mahu digunakan sebagai tanda dagangan setelah Mahkamah Tinggi menolak rayuannya, yang ditentang syarikat Twitter yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

V V Technology, iaitu syarikat pemula teknologi di sebalik aplikasi telefon bimbit yang berfungsi sebagai pembantu peribadi, membuat permohonan untuk mendaftarkan tanda dagangan bagi lambang burung kolibri kuning pada September 2018.

Pada September 2019, Twitter memfailkan notis tentangan dan seorang penolong pendaftar utama memihak kepada Twitter.

Beliau mendapati aplikasi logo VV Technology didaftar bagi meliputi pelbagai barangan dan perkhidmatan yang luas, antaranya bertindih dengan tanda Twitter yang sudah didaftarkan.

Ia termasuk aplikasi sofwe komputer,pengiklanan, menyediakan forum online dan perkhidmatan hiburan. Pendaftaran bagi aplikasi telefon bimbit belum dilancarkan.

Strategi jenama Twitter sejak ia ditubuhkan adalah ke arah menggunakan lambang seekor burung yang sinonim dengan Twitter serta barangan dan perkhidmatannya, menurut mahkamah.

Sejak 2006, Twitter menggunakan dan mempromosi pelbagai jenis logo burung yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatannya.
Sumber : CNA/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa