Skip to main content

Singapura

Twitter akan gandakan jumlah jurutera pejabat serantau S'pura jelang 2023

Twitter berhasrat untuk menggandakan jumlah kakitangan jurutera di pusat kejuruteraannya di Singapura - di mana ibu pejabat Asia Pasifik gergasi digital media sosial itu berpusat - kepada lebih 100 menjelang tahun depan. Demikian diumumkan gergasi media sosial tersebut pasa Selasa (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter akan gandakan jumlah jurutera pejabat serantau S'pura jelang 2023

(Gambar fail: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2022 08:14AM

SINGAPURA: Twitter berhasrat untuk menggandakan jumlah kakitangan jurutera di pusat kejuruteraannya di Singapura - di mana ibu pejabat Asia Pasifik gergasi digital media sosial itu berpusat - kepada lebih 100 menjelang tahun depan. Demikian diumumkan gergasi media sosial tersebut pasa Selasa (25 Jan).

Pelaburan itu, dengan kerjasama Industri Digital Singapura (DISG), "mengukuhkan lagi komitmennya untuk memperkukuh keupayaan kejuruteraan sejagat dan meningkatkan ketersediaan serta keandalan perkhidmatan" bagi para pengguna di seluruh dunia, jelas syarikat tersebut.

Syarikat itu sedang menggajikan pekerja bagi jawatan-jawatan dalam kejuruteraan, sains data, pembelajaran mesin dan pengurusan produk.

Dengan bekerjasama dengan pasukan kejuruteraan lain di seluruh dunia, pasukan tersebut akan memberi tumpuan kepada "kemajuan utama" terhadap wadah itu seperti membangunkan pengalaman produk yang baru selain meningkatkan kelajuan dan keandalannya.

Hab kejuruteraan Twitter yang berpangkalan di Singapura, ditempatkan dalam pejabat serantau utamanya di bangunan CapitaGreen di Market Street, ditubuhkan pada Februari 2020.

Naib Presiden Kanan DISG Ang Chin Tah berkata peluasan pusat kejuruteraan Twitter akan memberikan rakyat Singapura peluang untuk bekerja dalam teknologi-teknologi baru lagi mengujakan yang disasarkan bagi pasaran sejagat, dengan rakan-rakan sekerja dari serata dunia.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita