Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TV, Internet kekal wadah paling popular pengguna media: Nielsen

Internet dan televisyen kekal sebagai wadah paling popular pengguna media, menurut Indeks Media Nielsen Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Nov 2018 09:27PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 09:33PM

SINGAPURA: Internet dan televisyen kekal sebagai wadah paling popular pengguna media.

Menurut Indeks Media Nielsen Singapura, 80 peratus yang ditinjau menonton televisyen percuma setiap minggu.

Tinjauan itu yang meliputi 4,700 orang, mendapati 85 peratus menggunakan internet setiap hari.

Antara kegiatan online, mendengar muzik mencatat pertumbuhan tertinggi.

Sekitar 80 peratus menonton rancangan TV atau video secara online sementara lebih separuh mengikuti perkembangan berita secara online dalam sebulan.

Saluran 5 Mediacorp menjangkaui kira-kira 35 peratus penonton setiap minggu manakala Channel NewsAsia hampir 30 peratus, dan Suria, 9 peratus penonton setiap minggu.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan