Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tutor matematik dijel dera pelajar 12 tahun hingga lebam

Seorang guru pembimbing Matematik yang mendera muridnya secara fisikal, dihukum penjara selama empat minggu pada Selasa (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tutor matematik dijel dera pelajar 12 tahun hingga lebam

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:48PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 11:50PM

SINGAPURA: Seorang guru pembimbing Matematik yang mendera muridnya secara fisikal, dihukum penjara selama empat minggu pada Selasa (1 Okt).

Pelajar berusia 12 tahun itu dicubit pahanya dan dipiat telinga beliau.

Tutor wanita, 51 tahun itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja ke atas budak itu dengan tuduhan ketiga diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman.

Nama wanita tersebut tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah bagi mencegah mangsa dikenal pasti.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 15 Ogos 2017, wanita itu mengetuk kepala budak tersebut berulang kali menggunakan buku jarinya.

Tertuduh juga menarik dan memulas telinga kiri budak berkenaan, menyebabkan dia berasa sakit, kata Timbalan Pendakwa Raya Andrew Low.

Apabila mangsa pulang ke rumah menangis, ibu budak itu ternampak kesan lebam dan bengkak pada kepala anaknya.

Ibu mangsa menghantar kiriman mesej kepada tutor berkenaan yang mengakui bahawa dia memukul budak lelaki itu kerana membuat silap dan mendapat jawapan salah kepada soalan-soalan tertentu.

IBU BERITAHU TUTOR JANGAN ULANGI PERBUATAN ITU

Tiga hari kemudian pada 18 Ogos 2017, tutor tersebut mencubit paha budak lelaki itu berkali-kali setelah mangsa membuat memberi jawapan salah dalam soalan matematik.

Mangsa memberitahu ayahnya yang kemudian mengambil gambar kecederaan anak beliau dan memaklumkan kepada isterinya. Ibu mangsa memfailkan aduan polis pada hari berikutnya.

MANGSA TAKUT IKUTI TUISYEN

Seorang doktor yang memeriksa budak lelaki itu, antara lain, mendapati lebam serta bekas kudis pada pahanya dan parut atas lengannya.

Laporan dari Hospital KK Wanita dan Kanak-kanak mendapati bahawa mangsa menunjukkan beberapa gejala tekanan pasca trauma.

Wanita itu pernah dipenjara pada 1999 kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja.

Bagi setiap tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda S$5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan