Turki dilulus eksport telur ayam ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tidak lama lagi rakyat Singapura akan dapat memakan telur dari Turki yang dieksport ke negara ini.
Dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat (8 Sep), Agensi Makanan Singapura (SFA) mengumumkan bahawa Turki sudah diluluskan sebagai sumber baharu untuk mengeksport telur ayam ke sini.
Ini bermakna, jumlah negara dan daerah yang diberikan kelulusan untuk mengeksport telur ayam ke Singapura kini 19 - naik berbanding 12 pada 2019.
"Sedang kami terus mengukuhkan bekalan makanan ke negara ini, kami juga akur bahawa tiada negara yang terlepas daripada keadaan tidak menentu dalam bekalan makanan sejagat.
"Misalnya, isu kekurangan telur di merata dunia berpunca daripada penularan selesema burung yang tidak pernah berlaku sebelum ini, masalah rantaian bekalan dan kenaikan kos untuk makanan dan minyak," menurut SFA dalam catatan itu.
Lantaran itu, SFA menekankan bahawa para pengguna boleh memainkan peranan dengan menjadi lebih fleksibel dari segi pilihan makanan sekiranya berlaku sebarang gangguan.
"Bersikap terbuka dan boleh menyesuaikan diri untuk meneroka sumber-sumber baharu makanan juga satu langkah ke arah membina Singapura yang berdaya bingkas dari segi makanan, sekali gus memastikan kita sentiasa ada bekalan telur yang mencukupi," tambah SFA.
Pada 3 April tahun ini, SFA meluluskan Indonesia sebagai pengeksport telur yang terbaharu ke Singapura bagi memenuhi permintaan negara.
Pada hujung Disember 2022 pula ia meluluskan import telur dari Brunei.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.