Tuntutan dan rayuan dibuat pekerja SG naik tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah tuntutan dan rayuan yang dibuat pekerja di Singapura naik tahun lalu.
Kebanyakan tuntutan itu dibuat terhadap syarikat-syarikat yang mengalami kegagalan perniagaan atau masalah kewangan.
Menurut laporan tahunan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), sebahagian besar tuntutan atau rayuan tersebut membabitkan tuntutan gaji ataupun pemberhentian kerja.
Jumlahnya bagaimanapun lebih rendah jika dibandingkan dengan paras 2019, iaitu sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Tuntutan gaji naik kepada 1.68 bagi setiap 1,000 pekerja tahun lalu.
Ini berbanding 1.43 pada tahun sebelumnya.
Jason Tan yang bekerja sebagai seorang pemandu misalnya tidak mendapat gajinya walau setelah berbulan-bulan meletak jawatan.
Selepas gagal wang gajinya yang sebanyak S$1,800 itu, dia menghubungi Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM).
Encik Tan akhirnya menerima gaji beliau hampir dua bulan kemudian.
Beliau antara 6,000 pekerja yang mendapatkan khidmat bantuan TADM.
Kira-kira 90 peratus pekerja yang membuat tuntutan berjaya memperolehi semula gaji mereka - yang melibatkan wang sejumlah S$12 juta - menyusuli pengantaraan yang dilakukan oleh TADM.
Kebanyakan kes tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh dua bulan.
Menurut MOM, khidmat pengantaraan tersebut paling berkesan dalam menghuraikan kes tuntutan sedemikian.
"Jika pengantaraan di TADM tidak membuahkan hasil, kami akan membantu merujuk pihak yang membuat tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT). Kami faham bahawa di ECT, mereka mungkin cuba untuk melakukan satu lagi pusingan pengantaraan," kata Ng Hwei Min, Pengurus Besar Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian.
"Jika ia tidak berjaya, kes itu akan didengar oleh hakim ECT dan keputusan akan dibuat ke atas tuntutan itu. Bagi sesetengah kes, ada majikan yang sangat degil. Mereka mampu membayar tetapi mereka enggan berbuat demikian. Namun sudah tentu, bilangan mereka tidak terlalu besar, kurang daripada satu peratus kes," tambahnya.
MOM menyatakan ia sedang menyiasat majikan seumpama itu dan menimbangkan tindakan penguatkuasaan terhadap mereka.
Sementara itu, jumlah kes tuntutan berkaitan pemberhentian kerja secara tidak wajar pula kekal stabil tahun lalu.
Ia di paras 0.26 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 0.27 pada 2021.
Sekitar 25 peratus daripada tuntutan itu dinilai mempunyai bukti kukuh.
Ini memandangkan bakinya melibatkan pertikaian mengenai prestasi kerja atau timbul disebabkan masalah komunikasi.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.