Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tunggang motosikal masuk Terminal 2 Lapangan terbang Changi, lelaki ditangkap

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap setelah dia menunggang motosikalnya masuk ke dalam Terminal 2 Lapangan terbang Changi hari ini (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Tunggang motosikal masuk Terminal 2 Lapangan terbang Changi, lelaki ditangkap

Gambar yang tersebar di media sosial.

Diterbitkan : 31 Jan 2018 11:17PM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 01:37AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap setelah dia menunggang motosikalnya masuk ke dalam Terminal 2 Lapangan terbang Changi hari ini (31 Jan).

Insiden itu berlaku sekitar pukul 5.00 petang di dewan ketibaan Terminal 2, menurut polis.

Lelaki berkenaan ditangkap di bawah Akta Kesihatan Mental dan Akta Perbuatan Terburu-Buru.

Polis menambah tiada orang yang cedera disebabkan insiden tersebut.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan motosikal berwarna merah putih itu diletakkan di tangga menuju ke restoran makanan segera McDonald's.

Satu lagi rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang memakai kemeja T biru dikerumuni oleh beberapa pegawai polis.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan