Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tumpuan utama SG tetap kembangkan ekonomi, perkukuh daya saing & bantu firma bina keupayaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2023 07:09PM Dikemas Kini : 24 Feb 2023 11:29PM
SINGAPURA: Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata, tumpuan utama Singapura tetap kepada mengembangkan ekonomi, mengukuhkan daya saing serta membantu syarikat-syarikat membina keupayaan mereka.

Langkah tersebut akan menciptakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Encik Wong berkata demikian sebagai menyangkal soalan-soalan para Anggota Parlimen bahawa pemerintah mengubah pendekatan yang tertumpu kepada pertumbuhan kepada sesuatu yang mengutamakan pengagihan semula pendapatan.

"Sasaran utama sokongan kita kepada golongan SME tertumpu kepada usaha membantu mereka yang bersedia untuk mengambil langkah bagi menyusun semula perniagaan mereka, tingkatkan daya pengeluaran serta meneroka pasaran dan produk baru," kata Encik Wong.

"Inilah satu-satunya cara untuk perusahaan bertakat dan maju secara berterusan," tambahnya.

Berkenaan gesaan pihak pembangkang agar disediakan insurans pengangguran, Encik Wong berkata langkah ke hadapan adalah untuk memberikan bantuan bersasar bagi mendapatkan semula pekerjaan.

Terutama bagi mereka berusia antara 40 hingga 50 tahun yang sukar mendapat kerja baru.

Skim sebegini dapat melindungi para pekerja yang terjejas sedang mereka menjalani latihan semula dan mendapat pekerjaan baru yang lebih sesuai.

Ia daripada sekadar mengambil pekerjaan pertama yang ditawarkan.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan