Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tumpu kepada jangka panjang bukan setakat peralihan politik Amerika, kata SM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata negara-negara tidak seharusnya terpengaruh dengan pergolakan segera dalam politik Amerika Syarikat.

Sebaliknya tumpuan harus diberi kepada huraian jangka panjang, menjangkaui penggal satu-satu pentadbiran.

Beliau berkata demikian di tengah-tengah ketegangan yang kian meningkat antara China dengan Amerika, kerana Bakal Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif baharu ke atas barangan China.

Bercakap kepada pihak media di akhir lawatan selama enam hari ke China, SM Lee menekankan peri pentingnya meneruskan lawatan seumpama itu demi mengekalkan hubungan sedia ada dan menjalinkan hubungan dengan generasi pemimpin China seterusnya.

Ini lebih-lebih lagi di tengah-tengah landskap global yang semakin tegang.

Singapura katanya mahu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak.

Beliau berkata: "Kami perlu bekerja lebih keras demi mengekalkan ikatan ini kerana saya rasa untuk kehilangan ikatan ini adalah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dan penting kepada kami.

"Dan jika anda datang ke China, jika anda berbincang dengan mereka, bercakap dengan orang mereka, anda akan tahu bahawa mereka ada teknologi, mereka ada tenaga, mereka ada banyak idea, mereka ada banyak bakat dan jika kami mahu menjadikan Singapura berjaya, kami mesti boleh bekerjasama dengan mereka.

"Tentu sekali jangan pinggirkan mereka dan sekurang-kurangnya jangan bertentangan dengan mereka jika boleh."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan