Skip to main content

Singapura

Tumpahan minyak SG: Firma sewa kapal layar tawar diskaun, tidak pasti dapat pampasan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat sewa kapal layar di Singapura menggunakan pelbagai cara untuk menarik pelanggan ekoran insiden tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang.

Ini termasuk memberikan diskaun sehingga 30 peratus, menganjurkan acara rahat di kapal-kapal di pelabuhan dan memanfaatkan media sosial.

Pun begitu, semua kaedah itu belum mencukupi untuk menampung sepenuhnya kerugian yang ditanggung.

Ini meskipun Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Selasa (2 Jul) mengumumkan langkah membantu peniaga yang terjejas.
 
PAMPASAN BAGI KERUGIAN EKONOMI

Marina di Sentosa dan Keppel Bay adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas selepas kejadian tumpahan minyak menyusuli pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, pada Jumaat (14 Jun).

"Sekitar 10 penyewaan bot dibatalkan dalam dua minggu pertama, berjumlah sekitar S$80,000," kata pemilik syarikat Elegence 105 di Marina One Sentosa, Daniel Ong.

Beliau menambah bahawa tumpahan minyak itu turut mengakibatkanbotnya berbekas dengan minyak dan memerlukan pembersihan profesional.

Bagi mengurangkan kerugiannya, Encik Ong merancang untuk mengumpul invois daripada penyewaan yang dibatalkan sebelum mengisi borang tuntutan insurans bagi kapal tangki pendaftar Singapura dan syarikat insurans swastanya.

Pemilik kapal layar yang berlabuh di Keppel Bay, Zheng Libin, pula membuat keputusan untuk menyerap kerugian yang dialami.

"Saya bimbang, jika kami membuat tuntutan insurans, pada masa depan, mereka mungkin menaikkan premium kami," katanya.

"Dan memfailkan tuntutan insurans (mungkin tidak) begitu mudah, dan kami mungkin perlu menunggu beberapa bulan, ataupun tahun untuk mendapatkan pampasan."

PERMINTAAN MEROSOT

Meskipun bot kini dibenarkan belayar ke laut, permintaan masih lembap.

Tambah mereka, masih terdapat stigma dalam kalangan pelanggan bahawa kawasan perairan yang terjejas masih lagi kotor.

Permintaan yang merosot ini menyukarkan pemilik firma sewa kapal untuk membayar yuran yang boleh mencecah ribuan dolar.

Encik Ong berkata: "Kami perlu melakukan pemasaran untuk menggalak penyewa kembali, atau menurunkan harga sebanyak 30 peratus semasa tempoh ini."

Bagi membantu perniagaan seperti Elegance 105 yang bergelut dengan kos, pemerintah menyatakan beberapa langkah akan dilaksanakan seperti menangguhkan pembayaran sewa.

Namun sejauh ini, pemilik kapal di pelabuhan-pelabuhan merata negara berkata mereka belum mendengar berita tentang sama ada diskaun akan dihulurkan bagi menambat bot di pelabuhan.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) menyatakan kawasan-kawasan yang terjejas dengan insiden tumpahan minyak kini dalam fasa kedua pembersihan.

Ia dijangka mengambil masa sekitar tiga bulan untuk selesai.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita