Tumpahan minyak SG: 3 bulan lagi sebelum kegiatan laut di pantai terjejas dapat disambung semula
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ada kemungkinan tiga bulan lagi diperlukan sebelum kegiatan laut di pantai-pantai terjejas dengan tumpahan minyak, dapat disambung semula.
Tumpahan minyak itu bermula pada 10 hari lalu pada Jumaat (14 Jun) apabila sebuah kapal korek melanggar sebuah kapal minyak kecil di Terminal Pasir Panjang.
Dalam sidang media yang dipengerusikan tiga orang menteri pada petang Isnin (24 Jun), mereka berkata hampir kesemua tumpahan minyak itu yang mencemari permukaan laut dan pantai telah dapat dibersihkan.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu berkata tumpuannya kini untuk membersihkan minyak yang terperangkap pada batu-batu dan di lapisan pasir yang lebih dalam.
Cik Fu juga berkata mutu udara dan bekalan air bersih tidak terjejas.
Selain itu, ikan yang dihasilkan di negara ini, terus selamat untuk dimakan kerana ladang-ladang ternakan tidak terjejas dengan tumpahan minyak itu.
Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee pula berkata pasukan bertindak berbilang kementerian sedang menyiapkan satu pelan untuk melindungi dan memulihkan hidup-hidupan di kawasan pantai bagi tempoh enam bulan akan datang dan selanjutnya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Malaysia dan Indonesia untuk menangani krisis tersebut.
"Agensi kami sentiasa berhubungan dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dan Indonesia sejak awal kejadiantumpahan minyak itu, dan kami bersedia untuk membantu kerana Selat Melaka dan Selat Singapura merupakan laluan perkapalan yang sibuk dan sumber mata pencarian penting bagi rakyat kita," kata Encik Chee.
"Singapura, Malaysia dan Indonesia, mempunyai aturan dan prosedur yang sedia ada untuk bertindak balas terhadap pencemaran minyak. Kita juga menubuhkan jawatankuasa dana pada 1981 untuk membolehkan tindak balas yang cepat terhadap kejadian seperti ini, yang boleh berlaku di perairan kita atau ia boleh berlaku di perairan jiran kita,"ujarnya.
Encik Chee selanjutnya berkata Malaysia juga boleh membuat tuntutan pampasan daripada pihak insurans kapal minyak yang berkenaan.
Namun di bawah undang-undang Singapura, tuntutan pampasan itu mungkin dihadkan tidak lebih S$8 juta.
Bagi tuntutan pampasan yang lebih tinggi, ia boleh diajukan kepada Dana Pampasan Pencemaran Minyak Antarabangsa.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.