Tumpahan minyak cemari Taman East Coast juga, aktiviti laut Sentosa dihentikan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tumpahan minyak mencemari beberapa pantai di Singapura, termasuk pantai di pulau Sentosa dan Taman East Coast, sehari selepas sebuah kapal melanggar kapal tangki di Terminal Pasir Panjang.
Minyak dilihat pada Sabtu (15 Jun) di pantai Palawan, Siloso dan Tanjong di Sentosa serta Sentosa Cove yang menempatkan beberapa kondominium.
Para pengunjung ke Sentosa akan dibenarkan menggunakan pantai-pantai di pulau peranginan itu, tetapi kegiatan berenang dan laut akan dilarang buat sementara waktu untuk mempermudah kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak, kata seorang jurucakap Sentosa Development Corporation (SDC).

Tumpahan minyak merebak akibat satu insiden yang berlaku pada Jumaat di Terminal Pasir Panjang, iaitu ketika sebuah kapal yang berdaftar di Netherlands melanggar kapal tangki berdaftar di Singapura, yang tidak bergerak sekitar pukul 2.20 petang.
Sebahagian minyak daripada tangki kargo rosak di atas kapal tangki itu, tumpah ke dalam air.
"Sebanyak 16 bot respons tumpahan minyak dikerahkan untuk terus menyembur bahan pemecah minyak menjadi titisan kecil dan mengumpulkan tumpahan minyak pada permukaan air," menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Sabtu (15 Jun).
SDC menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai lapisan minyak di perairan Pantai Palawan pada jam 9.00 malam, Jumaat (14 Jun). Pada pukul 7.00 pagi pada Sabtu (15 Jun), tumpahan minyak merebak ke pantai lain.
"Kami sejak itu menghentikan semua kegiatan pantai di dalam dan juga tepi laut-laut kami, dan sudahpun segera memulakan pembersihan, bersama-sama MPA dan pihak berkuasa yang relevan," menurut SDC, sambil menambah bahawa keutamaannya adalah untuk mengurangkan kesan ke atas perairan Sentosa dan hidupan liar di sana.

Para penduduk Sentosa Cove juga tampil untuk membantu operasi pembersihan, menurut SDC.
PANTAI-PANTAI EAST COAST, TAMAN LABRADOR TERJEJAS
Di Taman East Coast, minyak dilihat di tepi-tepi pantai. Bau minyak juga berlegar-legar di udara taman itu.
"Kami tidak menyedari (tentang perkara ini) sehinggalah kami ke kawasan pantai. Baunya agak tidak menyenangkan," kongsi Encik Sufian Ali yang awalnya tidak tahu tentang tumpahan minyak sebelum tiba di taman tersebut.

Meskipun taman itu umumnya sesak dengan pengayuh basikal, pengunjung pantai dan mereka yang berlari-lari anak, hanya segelintir sahaja yang bermandi-manda di beberapa kawasan pantai itu.
Bahagian pinggir pantai yang khususnya terjejas adalah kawasan C taman, dengan tompokan-tompokan besar minyak bertakung berdekatan tembok penahan ombak.
Seorang pengunjung taman yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Woo berkata beliau memberitahu dua anaknya agar tidak ke pantai.
"Ia seperti berada di stesen minyak," tambah isterinya.

Minyak juga dilihat di perairan Taman Labrador, dengan penghadang minyak dipasang di kawasan antara jeti dengan pantai.
Seorang pekerja berkata penghdang minyak itu digunakan untuk mencuba menghalang tumpahan minyak daripada merebak.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.