Tulisan tentang 'isteri batin' Razif Radi adalah idea untuk skrip program TV: Saksi pembela
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbicaraan kes Mohd Razif Radi diadakan buat hari ke-13, pada Selasa (12 Nov).
Secara keseluruhannya, dua saksi pembela tampil memberikan keterangan.
Razif antara lain didakwa menyebar ajaran bertentangan dengan syariah Islam, termasuk berjudi, bernikah secara batin dan boleh menyeru roh 'Mbah'.
TULIS KANDUNGAN TENTANG 'ISTERI BATIN' UNTUK PROGRAM TV
Dalam sesi pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hidayat Amir dengan saksi pembela ketiga (DW4), dia dirujuk kepada surat yang menyatakan dirinya, bersama lagi tiga wanita sebagai 'isteri batin' kepada Razif.
Secara konsisten, kesemua saksi pembela yang sudah tampil sebelum ini mengatakan bahawa surat itu ditulis oleh seorang lagi saksi pembela (DW) yang belum lagi hadir di mahkamah untuk memberikan keterangan.
BACA: Saksi pembela 'terkejut' apabila surat menamakan dirinya sebagai isteri batin ketiga Razif Radi
BACA: Saksi pembela kata Razif Radi bukan adakan kelas agama, hanya kongsi pandangan
Menurut DW4, beliau tahu bahawa DW giat dalam penulisan kreatif dan tahu bahawa dia juga sedang dalam proses menulis skrip untuk sebuah program TV.
DPP Hidayat mengajukan soalan: “Ini (isteri batin) melanggar batasan agama, bukan?”
Wanita itu menjawab: “Ya tetapi melihat kepada surat ini, ia kandungan yang baik untuk TV. Seperti filem Munafik.”
“Jadi apa pengajaran yang boleh ditimbulkan daripada jalan cerita (daripada surat itu)?” tanya DPP Hidayat.
Wanita itu menjawab: “Saya tidak boleh (berikan jawapan).”
Selain daripada kandungan tentang surat tersebut, DPP Hidayat juga menanyakan tentang isu kelas agama yang dijalankan oleh Razif.
Bahan bukti mahkamah menunjukkan saksi pembela (DW) telah menulis dalam satu emel yang menyatakan terma-terma “pelajar Razif” dan “pengetahuan Mbah / Razif”.
DPP Hidayat berkata: “Kalau anda katakan tadi bahawa anda akan merasa marah kalau seseorang itu mengaku darjat dirinya lebih tinggi daripada wali. Anda tidak menegur dia mengapa dia tulis sebegitu?”
“Saya tidak ingat. Setahu saya, Razif tidak mengadakan kelas,” jawab wanita itu.
“Dia (DW) berkata bahawa dia bersalah kerana tidak memperbetulkan kenyataan itu. Dia juga meminta maaf. Dia katakan tidak ada kelas sebegitu,” tambahnya lagi.
“Tetapi, anda tidak dapat memberikan penjelasan mengapa DW menggunakan terma-terma itu,” kata DPP Hidayat.
Wanita itu bersetuju dengan kenyataan itu.
KETERANGAN TIDAK KONSISTEN
Peguam bela, Encik Simon Tan juga bertanya kepada DW4 tentang nota-nota yang digunakan sebagai bahan bukti dokumen mahkamah.
Beliau bertanya, “Adakah anda faham dengan kandungan nota ini? Siapa yang menulis nota ini?”
Pada awalnya, wanita itu memberikan jawapan yang konsisten: “Saya tidak faham dengan kandungannya. Yang tulis ini adalah saksi pembela (DW).”
Selang beberapa soalan oleh pihak pembela, jawapan DW4 mula berubah-ubah. Ia antara lain, termasuk:
“Apabila saya tanya DW, beliau berkata sama ada dia atau suaminya yang menulisnya.”
“Saya tidak pasti sebab DW pun tidak pasti.”
“Mungkin DW yang menulisnya, mungkin juga suaminya yang menulisnya,” jelas wanita itu
DPP Hidayat kemudian menegur jawapan yang tidak konsisten oleh DW4.
DPP Hidayat: Anda terangkan tentang siapa yang tulis apa. Keterangan awak berubah dari satu bahan bukti kepada satu bahan bukti. Anda setuju?
DW4: Ya, saya meminta maaf.
DPP Hidayat: Apa jawapan anda yang muktamad?
DW4: Kedudukan saya adalah DW yang menulisnya.
DPP Hidayat: Jadi, tidak ada apa-apa tentang suaminya? Sekarang anda katakan hanya DW.
DW4: Benar. Apabila saya bersemuka dengan DW dan tanyakan kepada dia, dia kata kepada saya bahawa nota-nota itu pun sudah lama, jadi dia pun lupa.
DPP Hidayat: Sekarang awak kata dia tidak boleh ingat pula? Tadi awak berikan empat versi jawapan. Sekarang anda kata hanya DW.
Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan akhirnya perlu bersuara dan menegaskan kepada DW4 untuk menjawab soalan.
Wanita itu memberikan jawapan muktamad bahawa saksi pembela (DW) yang menulis surat itu.
Pada akhirnya, DPP Hidayat memberikan kesimpulan bahawa mengapa wanita itu tidak konsisten dalam memberikan jawapan adalah kerana wanita itu sebenarnya tidak mengendahkan pun siapa atau bagaimana nota-nota itu disiapkan.
Beliau juga mendakwa bahawa DW4 dan DW tidak bersemuka pun.
Akhirnya beliau berkata: “Saya persembahkan hujah kepada anda bahawa Razif mengadakan kelas-kelas agama yang dihadiri oleh anda dan bekas suami anda. Ajaran sesat juga diajar. Razif melayan anda sebagai salah seorang empat isteri. Jadi, bila anda melihat surat yang ditulis oleh DW, anda sama marah kerana dia sudah membocorkan rahsia. Anda menafikan ada kelas-kelas ini kerana anda sudah bersumpah untuk tidak mendedahkan rahsia dan anda menafikan ada kelas-kelas ini kerana sekarang, seluruh dunia pun sudah tahu tentang kelas-kelas ini.”
Wanita itu menjawab: “Saya tidak setuju.”
SAKSI PEMBELA (DW5) BERIKAN KETERANGAN TENTANG KEJADIAN SOLAT BERJEMAAH
Perbicaraan kemudian diteruskan dengan saksi peguam bela kelima (DW5).
Beliau dikenal pasti sebagai Sarimah Kurdi, 52 tahun.
Di hadapan Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan, dia mengatakan bahawa dia mula mengenali Razif pada 2004, menerusi DW.
Namun katanya, dia tidak terlalu kerap berjumpa dengan Razif.
Sekiranya berjumpa dengan Razif, Cik Sarimah mengatakan bahawa ia adalah untuk kegiatan membina rangkaian atau makan bersama selain lawatan ke rumah untuk Hari Raya sahaja.
Encik Simon Tan bertanya: "Semasa waktu ini, ada kelas agama yang diadakan?"
"Tidak ada," kata Cik Sarimah.
Pada 2017, Cik Sarimah diberikan ruang di atas sebuah kafe kendalian saksi pembela DW3, DW4 dan Razif, untuk menjalankan perniagaan menjual pakaian dan aksesori.
Sebelum ini, beberapa saksi pendakwa telah tampil untuk memberikan keterangan bahawa mereka melihat Razif bersama beberapa saksi pembela lain pernah mendirikan solat secara berjemaah di ruang kedainya itu.
Cik Sarimah menjawab: "Sekiranya ada pelanggan yang ingin menggunakan tempat itu untuk solat, mereka boleh."
"Tetapi untuk yang tertuduh dengan mereka yang dikatakan solat berjemaah dengan dia, ia tidak mungkin terjadi. Selalunya, siapa sahaja yang ada waktu akan solat di sana. Setahu saya, hanya DW3 dan DW4 yang menjalankan operasi kafe itu. Jadi bagaimana saksi pendakwa boleh lihat kejadian itu terjadi, kerana siapa yang akan menjalankan (operasi) kafe," kata beliau lagi.
Cik Sarimah juga menafikan Razif pernah mengadakan kelas-kelas agama.
"Selain daripada kelas-kelas agama di rumah makcik saya, saya tidak pergi ke kelas agama lain," jelas beliau.
KETERANGAN TENTANG PENULISAN SURAT, BABITKAN NAMANYA SEBAGAI ISTERI RAZIF
Tentang hubungannya dengan saksi pembela DW, Cik Sarimah menjelaskan kepada Encik Tay tentang bagaimana beliau mengenali dia.
"Saya mengenalinya sejak zaman sekolah menengah. Saya kagumi kebijaksanaannya serta keberaniannya."
Menurut kesemua saksi pembela lain, DW adalah penulis surat yang membabitkan nama-nama mereka sebagai 'isteri batin' Razif.
Cik Sarimah kata beliau sudah bersemuka dengan DW berkenaan surat tersebut.
"Kejadian itu hanya berlaku antara kita berdua sahaja. Dia juga dimarahi oleh yang lain (pada kesempatan lain). Apabila saya mendapat tahu nama saya digunakan, saya memarahinya. Kami berdua pun menangis. Itu kali pertama saya memanggilnya 'bodoh'. Saya rasa kandungannya tidak masuk akal," ujar beliau.
"Awak tidak tanya dia mengapa dia menulis nota itu?" tanya Encik Tan.
Cik Sarimah menjawab: "Saya tanya dan dia kata ia sekadar sebahagian daripada penulisan kreatifnya."
Mahkamah juga sudah dimaklumkan bahawa saksi pendakwa (DW) pernah memegang satu jawatan tinggi dalam sebuah pertubuhan Melayu/Islam.
Berdasarkan fakta tersebut, DPP Hidayat menanyakan kepada Cik Sarimah: "Dengan jawatan itu, pasti dia sibuk?"
Cik Sarimah menjawab: "Ya."
"Jadi, kalau dia sibuk sangat, anda rasa dia ada masa untuk menggiatkan diri dalam penulisan kreatif (merujuk kepada timbunan kertas)," tanya DPP Hidayat.
"Mungkin. Saya tahu ini bukan satu kerja yang belum dihabiskan," jawab beliau.
DPP Hidayat merasakan penjelasan itu tidak masuk akal.
Perbicaraan akan diteruskan pada Khamis (14 Nov).

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.