Tulisan Jawi perlu diangkat semula, perlu ada usaha tarik minat generasi muda
Usaha memartabatkan dan melestarikan tulisan Jawi di rantau ini mahu diperhebatkan oleh Perikatan Tulisan Jawi Singapura (PTJS).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha memartabatkan dan melestarikan tulisan Jawi di rantau ini mahu diperhebatkan oleh Perikatan Tulisan Jawi Singapura (PTJS).
Dalam simposium pertama yang seumpamanya dianjurkan perikatan itu pada Sabtu (11 Jan), beberapa perkongsian dan idea diutarakan.
Ini termasuk pendigitalan tulisan Jawi dan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan dengan perkembangan semasa.
Simposium Jawi Serantau@Temasek itu turut menghimpunkan para cendekiawan dan pengamal tulisan Jawi dari empat negara iaitu dari Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura.
Pengerusi PTJS, Supki Sidek berkata, "Kami ingin memberitahu masyarakat tentang perkembangan masa kini, apa yang berlaku di luar negara yang ada sejarah Jawi seperti di Brunei Darrusalam, Selatan Thailand dan Malaysia. Kita juga ingin Jawi diangkat semula, bukan oleh golongan lebih tua tetapi di kalangan remaja, anak-anak muda yang melihat Jawi dalam konteks kehidupan mereka. Kita perlu memberi mereka peluang dan ruang untuk aktif."
"Masyarakat harus menerjah ke hadapan, jangan memandang ke belakang. Kita harus pragmatik. Walaupun sejarah itu penting. Apa yang boleh kita lakukan? Memang tidak ada halangan daripada pemerintah, malah ada pendanaan untuk mendokumentasikan sejarah lama. Jawi yang kita ingin mempromosikan ini bukan tentang kitab-kitab lama sahaja bahkan untuk anak-anak muda bermain dengannya," tambah beliau lagi.

Dalam ucapan pembukaannya di acara itu, Encik Supki menarik perhatian bahawa khazanah tulisan Jawi di rantau ini sudah terhasil sejak 700 tahun lalu berbanding bahan dalam tulisan rumi yang baru wujud 70 tahun lalu.
Oleh itu, beliau yakin tulisan Jawi yang sudah bertahan sepanjang tujuh abad itu boleh kekal relevan jika terus dilestarikan oleh generasi muda.
PERKEMBANGAN JAWI DI NEGARA-NEGARA SERANTAU
Antara yang dijemput untuk berkongsi perkembangan tulisan Jawi di rantau ini ialah Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Fatoni Thailand, Dr Suraya Chapakiya.
Dalam pembentangannya, Dr Suraya berkongsi bahawa tulisan Jawi aktif digunakan di peringkat tadika di selatan Thailand untuk memperkenalkan tulisan itu kepada generasi muda.
Ini meskipun bahasa Thailand tetap digunakan sebagai bahasa utama di di wilayah Patani.
Dalam pada itu, Penolong Ra'es, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam, Dr Mohd Shahrol, pula membentangkan tentang kegunaan dan usaha pelestarian Jawi di negaranya.
Menurut Dr Mohd Shahrol, tulisan Jawi masih berkembang di negara itu terutama sekali di sekolah-sekolah kerana ia dijadikan subjek pembelajaran kurikulum Islam sejak 1936.
Perkembangan dari segi ejaan Jawi yang dikemaskini mengikut peredaran masa pula dikongsikan Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) di Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Adi Yasran Abdul Aziz.
Menurutnya, sistem ejaan Jawi sudah diselaraskan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 1992 dan hanya ejaan Jawi yang dikeluarkan oleh DBP sahaja yang digunakan di seluruh negara.
"Sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan DBP sebenarnya berdasarkan ejaan Jawi Za'ba yang berdasarkan oleh sistem ejaan Jawi klasik. Jadi sebenarnya ada kesinambungan daripada sistem ejaan lama sehingga kini. Cuma kita membuat penyelarasan dan penambahbaikan berdasarkan kehendak masyarakat semasa, pembelajaran semasa supaya sistem ejaan jawi lebih mesra pengguna dan tidak menyukarkan pengguna untuk menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik," ujar Dr Adi.
Dr Adi turut memberi contoh bagaimana sistem ejaan Jawi telah disesuaikan mengikut penggunaan masyarakat zaman sekarang.
"Contohnya, perkataan-perkataan Arab yang tidak biasa disebut dalam sebutan Melayu, akan diubah sesuai. Misalnya 'sabun'. Bila kita pinjam perkataan, itu, masyarakat Melayu di serantau ini susah nak sebut huruf 'sad', jadi digantikan dengan huruf 'sin', atau huruf 's'. Jadi disebut sebagai sabun," jelas Dr Adi.
PROJEK AKHIR TAHUN PARA PENUNTUT UNIVERSITI TENTANG TULISAN JAWI
Wakil dari Singapura iaitu Guru Bahagian Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Nasional Singapura (NUS), Fauzi Azman pula membentangkan tentang kegiatan-kegiatan berlandaskan Jawi di Singapura pada masa kini.
Dalam usahanya melakukan kajian tentang Jawi, beliau berjumpa dengan tiga penuntut universiti yang telah menghasilkan projek akhir tahun mereka yang berkaitan dengan tulisan Jawi pada tahun lalu.
Penuntut tahun ketiga NTU, Syifa Zainal misalnya mereka permainan yang dinamakan 'Jawi Kita' yang bertujuan untuk menghidupkan semula penggunaan Jawi dalam kalangan anak-anak Muda di Singapura.

"Saya ingin melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi masyarakat Melayu terutama sekali golongan anak muda, untuk mempunyai jati diri sebagai anak Melayu. Saya mendapat idea untuk melakukan projek tentang jawi yang kini sudah hilang ditelan zaman. Projek saya ini lebih kepada memperkenalkan huruf-huruf Jawi, bagaimana untuk membaca dan eja dalam bahasa Jawi," kata Syifa.
"Saya menggunakan permainan yang tidak asing kepada generasi muda seperti permainan memori kad, atau 'Happy Family' supaya lebih senang untuk belajar Jawi. Misalnya, mereka boleh mengenali bentuk huruf tunggal, awal, tengah dan akhir Jawi. Saya juga menggunakan warna-warna terang untuk mudah menarik minat mereka," tambahnya lagi.
Selain Syifa, dua lagi penuntut Maktab Seni LASALLE dan Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) turut melaksanakan projek akhir tahun tentang tulisan Jawi.
Acara tersebut dihadiri lebih 100 pelajar, guru, wakil badan-badan Melayu/Islam dan aktivis kebudayaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.