Tular video sukarelawan Sukan SEA tunggu giliran bergambar dengan atlit kriket SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: davin_sapphire/TikTok
KEMBOJA: Atlit negara Raoul Sharma bukan sahaja berjaya memenangi pingat, bahkan menawan hati ramai di Sukan Asia Tenggara (SEA), yang baru tamat di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.
Atlit berusia 19 tahun itu mewakili Singapura sebagai sebahagian daripada skuad kriket lelaki, yang berjaya merangkul pingat emas di perlawanan kriket 'sixes' pada Isnin (15 Mei).
Sharma malah, didapati telah mencuri perhatian sebilangan sukarelawan warga Kemboja di Sukan SEA.
Tular sebuah video di platform TikTok, yang memaparkan beberapa sukarelawan Sukan SEA mendekati Sharma untuk bergambar. Video tersebut telah meraih sekurang-kurangnya 1.2 juta tontonan setakat ini.

Video berjudul "apabila semua sukarelawan jatuh hati pada atlit yang sama" menunjukkan seorang sukarelawan wanita yang bergegas ke Sharma untuk meminta bergambar.
Sukarelawan yang lain kemudian kelihatan bergilir-gilir mengambil gambar bersamanya.
Seorang sukarelawan bahkan, memeluk Sharma sedang mereka yang menyaksikannya dari tepi memberi sorakan kuat.
Sharma, bagaimanapun kelihatan agak malu dengan perhatian yang diterimanya.
Video TikTok tersebut yang dimuat naik pada Sabtu lalu (13 Mei) rata-rata menarik reaksi yang positif daripada netizen, tatkala menyaksikan interaksi antara Sharma dan peminatnya.
Sukan SEA ke-32 melabuhkan tirainya pada Rabu (17 Mei). Team Singapura membawa pulang 158 pingat secara keseluruhan, dengan pungutan 51 pingat emas.
Atlit negara juga mencatat lapan rekod Sukan, selain 17 rekod kebangsaan dan 40 rekod peribadi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.