Skip to main content

Singapura

Tukang masak dijel 6 bulan; cabul amah dalam lif di Bedok

Seorang tukang masak berusia 55 tahun di sebuah gerai makanan India di Chai Chee dihukum penjara selama enam bulan pada Khamis (5 Ogos) kerana mencabul kehormatan seorang pembantu rumah hijrahan dalam sebuah lif pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tukang masak dijel 6 bulan; cabul amah dalam lif di Bedok

Tukul kayu mahkamah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 09:00PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:02PM

SINGAPURA: Seorang tukang masak berusia 55 tahun di sebuah gerai makanan India di Chai Chee dihukum penjara selama enam bulan pada Khamis (5 Ogos) kerana mencabul kehormatan seorang pembantu rumah hijrahan dalam sebuah lif pada tahun lalu. Dia mengekori wanita itu sehingga ke lif beberapa kali sebelum melakukan kesalahan itu.

Pembantu rumah itu, seorang warga Indonesia berusia 38 tahun, tidak boleh didedahkan namanya atas perintah mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa Abdul Rahim Miskin, seorang warga Malaysia yang bekerja di sebuah gerai yang terletak di Blok 26A Chai Chee Road, mula berbual-bual dengan mangsa pada sekitar tahun lalu.

Majikannya akan menyuruh wanita itu membeli makanan daripada gerai tersebut.

Mereka kemudian bertukar-tukar nombor telefon, menjadi kawan dan akan berbual melalui aplikasi sembang WhatsApp.

Abdul Rahim mula mengekori wanita itu pulang pada November tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling berkata dia mengekori mangsa sehingga mangsa menaiki lif sekurang-kurangnya dua kali sebelum dia mencabul mangsa pada 25 Disember tahun lalu.

Pada hari itu, Abdul Rahim menaiki lif yang sama dengannya setelah mangsa membeli makanan daripada gerai itu pada sekitar pukul 1.30 tengah haru.

Abdul Rahim menekan butang tingkat empat manakala mangsa menekan butang tingkat sembilan.

Apabila lif mula bergerak naik, Abdul Rahim, yang sedang berdiri di hadapan mangsa, kemudian memeluk mangsa dari belakang sebelum menggunakan tangan kirinya untuk meraba dada mangsa.

Mangsa cuba melepaskan diri daripada pelukannya itu lalu membongkok ke hadapan.

Beliau juga mula memarahi Abdul Rahim.

Tertuduh melepaskan mangsa dan menepuk bahagian belakang mangsa.

Apabila lif tiba di tingkat empat, dia keluar lif lalu kembali ke gerai tersebut untuk terus bekerja.

Kamera pengawasan yang dipasang di lif itu merakam perbuatan Abdul Rahim.

Mangsa membuat aduan polis pada hampir pukul 11.00 malam pada hari itu, setelah memberitahu majikannya pada lewat petang bahawa beliau dicabul.

Atas kesalahan mencabul kehormatan, Abdul Rahim boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali. Dia juga boleh dikenakan sebatan tetapi undang-undang tidak membenarkan hukuman sebat bagi pesalah yang berusia 50 tahun ke atas.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita