Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tuduhan terhadap wanita didakwa hempas bayi 2 bulan sebabkan tempurung kepala retak ditingkatkan kepada membunuh

Seorang wanita, 29 tahun, yang pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan teruk pada seorang bayi dengan menjatuhkannya ke dalam katil bayi secara paksa, ditingkatkan tuduhannya kepada  membunuh.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita, 29 tahun, yang pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan teruk pada seorang bayi dengan menjatuhkannya ke dalam katil bayi secara paksa, ditingkatkan tuduhannya kepada  membunuh.

Dia dikenakan  tuduhan yang membawa hukuman mati itu pada Jumaat (3 Feb) selepas dituduh menyebabkan kematian bayi tersebut.

Hubungannya bersama bayi itu tidak didedahkan di dokumen mahkamah, dan arahan mahkamah melarang menerbitkan identitinya.

Wanita itu sebelum ini dituduh menjatuhkan bayi itu ke dalam katil secara paksa, pada malam 8 Januari, meskipun dia sedar tindakannya boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada bayi itu.

Menurut kertas pertuduhan, tempurung kepala bayi tersebut mengalami keretakan. 

Wanita itu pada asalnya didakwa bersama seorang lelaki 31 tahun, yang dikenakan satu tuduhan mendera bayi yang sama di bawah Akta  Kanak-kanak dan Orang Muda.

Lelaki tersebut yang mendapat hak penjagaan bayi perempuan berusia dua bulan itu dituduh menamparnya pada sekitar pukul 1.30 pagi  5 Januari tahun ini.

Sumber : CNA/AE/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan