Tuduhan rasuah Iswaran dipinda kerana mantan menteri itu, Ong Beng Seng ada 'kepentingan untuk nafi' rasuah: AGC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa (24 Sep) merujuk kepada kesukaran yang mungkin berlaku dalam membuktikan tuduhan rasuah terhadap mantan menteri pengangkutan S Iswaran, memandangkan kedua-dua pihak terbabit - Iswaran dan hartawan Ong Beng Seng - pada dasarnya akan melibatkan diri masing-masing untuk membuktikan bahawa rasuah telah berlaku.
Pada awal Selasa, Iswaran mengaku bersalah atas empat tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Jenayah, yang melarang semua penjawat awam mendapatkan sebarang barangan berharga daripada seseorang yang terlibat dengan mereka dalam peranan rasmi, dan satu tuduhan menghalang proses keadilan.
Dua tuduhan rasuah, dikaitkan dengan hadiah daripada Encik Ong, secara rasmi diubah pada saat-saat akhir kepada tuduhan di bawah Seksyen 165.
Kesalahan di bawah Seksyen 165 membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, berbanding penjara tujuh tahun kerana rasuah.
MENGAPA AGC UBAH TUDUHAN ISWARAN
"Dalam memutuskan sama ada untuk mengubah tuduhan, AGC mempertimbangkan risiko litigasi yang terlibat dalam membuktikan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (PCA) tanpa sebarang keraguan munasabah dalam perbicaraan, memandangkan terdapat dua pihak utama dalam urus niaga itu, dan kedua-duanya akan mempunyai kepentingan bagi menafikan rasuah dalam urus niaga," kata jurucakap AGC.
"AGC juga mempertimbangkan sama ada pindaan itu akan membawa kepada keputusan yang adil dan saksama yang selaras dengan kepentingan awam."
Kedua-dua tuduhan asal rasuah yand dikenakan terhadap Iswaran, sejak Januari tahun ini, menamakan Encik Ong sebagai satu lagi pihak.
Walaupun dinamakan dalam hampir semua tuduhan yang dihadapi Iswaran, Encik Ong sendiri, sehingga kini, tidak didakwa. AGC menyatakan pada Januari bahawa ia akan memutuskan nasib Encik Ong selepas kes Iswaran selesai.
Pada Selasa, AGC memberikan kemas kini mengenai perkara ini dan berkata ia akan mengambil keputusan "tidak lama lagi".
TUDUHAN
Dua tuduhan Encik Iswaran yang dipinda melibatkan Encik Ong, yang merupakan pemegang saham majoriti GP Singapura pada masa itu.
Bagi tuduhan pertama yang diubah di bawah Seksyen 165, Iswaran didakwa mendapatkan, "tanpa sebarang pertimbangan", 10 tiket Green Room (bernilai S$48,150), lapan tiket Twenty3 (bernilai S$56,068) dan 32 tiket kemasukan am (bernilai S $41,216) untuk Grand Prix F1 Singapura 2022 pada September 2022 daripada Encik Ong.
Dalam tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 165, Iswaran didakwa mendapatkan daripada Encik Ong, sekali lagi "tanpa sebarang pertimbangan", penerbangan jet peribadi ke Qatar (bernilai sekitar S$10,410), penginapan satu malam di Four Seasons Doha (bernilai sekitar S$4,737 ), dan penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura (bernilai sekitar S$5,700) pada Disember 2022.
Pertuduhan yang dipinda itu juga menyatakan bahawa Iswaran tahu bahawa Encik Ong, melalui GP Singapura, prihatin dengan perjanjian antara GP Singapura dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk memudahkan penganjuran Grand Prix F1 Singapura 2022 hingga 2028, yang dikaitkan dengan jawatan rasmi Iswaran sebagai menteri dan pengerusi Jawatankuasa Pemandu F1.
Pertuduhan asal menyatakan bahawa Iswaran memperoleh hadiah daripada Encik Ong, dan berbuat demikian sebagai pertukaran untuk memajukan kepentingan perniagaannya.
Sebaik sahaja tuduhan rasuah dipinda pada Selasa, Iswaran memutuskan untuk mengaku bersalah.
Peguam utama Encik Iswaran, Davinder Singh berkata keputusannya untuk mencabar kes itu tertumpu pada tuduhan asal rasuah, dan apabila ia dipinda, beliau mendapati bahawa ia adalah "perkara yang betul untuk menerima bahawa apa yang dilakukannya adalah salah di bawah Seksyen 165 ".
Encik Singh meminta hukuman penjara tidak melebihi lapan minggu manakala Timbalan Peguam Negara Tai Wei Shyong mengusulkan hukuman penjara enam hingga tujuh bulan sebagai isyarat bahawa tindakan Iswaran tidak boleh diterima sama sekali sebagai penjawat awam.
Hakim Vincent Hoong berkata kes itu akan didengar lagi pada 3 Oktober.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.