Tuan tanah pejabat SG tawar gelanggang bola pikel, kedai runcit sedang persaingan pikat penyewa semakin sengit
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah gelanggang futsal di bangunan pejabat Frasers Property yang juga berfungsi sebagai gelanggang bola pikel. (Gamba: CNA)
- Tuan tanah di Singapura seperti Frasers Property Singapore memperkenalkan kemudahan seperti gelanggang pickleball, kelas kecergasan dan kedai runcit di bangunan pejabat.
- Langkah ini bertujuan menarik penyewa dalam pasaran sengit serta memupuk semangat kemasyarakatan di tempat kerja.
- Kemudahan tersebut diwujudkan dengan menggunakan semula ruang sedia ada, tanpa perlu menambah keluasan lantai baharu.
- Trend ini didorong oleh perubahan jangkaan selepas pandemik COVID-19 dan usaha syarikat menggalakkan pekerja kembali ke pejabat.
SINGAPURA: Gelanggang 'pickleball' (bola pikel), kelas kecergasan dan kedai runcit kini semakin menjadi kebiasaan di bangunan pejabat Singapura sedang tuan tanah bersaing untuk mendapatkan penyewa dalam pasaran yang sengit.
Para penganalisis berkata bangunan-bangunan yang menawarkan kemudahan-kemudahan sedemikian demi memupuk semangat kemasyarakatan boleh mengenakan premium sewa sehingga 20 peratus.
Inisiatif-inisiatif sedemikian – sering dirujuk sebagai 'placemaking' – iaitu mengubah ruang yang dikongsi bersama seperti plaza, atrium dan bumbung menjadi kawasan untuk kegiatan kesejahteraan, riadah dan aktiviti sosial.
Menurut pemilik hartanah, trend ini didorong oleh perubahan jangkaan terhadap tempat kerja dan usaha syarikat untuk menggalakkan kakitangan kembali ke pejabat selepas pandemik COVID-19.
LEBIH DARIPADA SETAKAT TEMPAT KERJA
Di Frasers Property Singapore, penyediaan tempat sedemikian telah menjadi bahagian penting dalam cara pejabatnya diuruskan.
Syarikat itu telah memperkenalkan kemudahan-kemudahan termasuk plot pertanian bandar, acara trak makanan, program kecergasan dan gelanggang bola pikel di beberapa hartanahnya.
Daripada memperuntukkan sejumlah besar ruang baharu, tuan tanah berusaha untuk menggunakan semula kawasan sedia ada untuk pelbagai kegunaan.
Di beberapa pembangunan Frasers, ruang 'hot-desking' boleh ditukar menjadi ruang acara, manakala gelanggang bola pikel berkongsi ruang dengan gelanggang futsal sedia ada.
"Kami sentiasa mencari peluang untuk menyediakan kemudahan baharu untuk penyewa kami, tetapi tidak semuanya memerlukan keluasan lantai tambahan," kata Encik Jack Lam, pengarah kanan komersial syarikat itu.
Encik Lam berkata permintaan untuk kemudahan sedemikian semakin kukuh merentasi pelbagai jenis penyewa, memandangkan syarikat-syarikat mencari cara untuk menambah baik pengalaman di tempat kerja.
Kemudahan sedemikian juga boleh membantu syarikat yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk menyediakan kegiatan atau ruang sedemikian sendiri, tambahnya.
“Syarikat besar mungkin mempunyai sumber untuk menyediakan ruang sedemikian, (tetapi) bukan setiap syarikat boleh melakukannya. Lantaran itu, sebagai tuan tanah atau pengurus hartanah, kami mewujudkan ruang umum ... untuk semua penyewa kami.”
Ini juga boleh membantu memupuk interaksi antara pekerja dari pelbagai organisasi dan mengukuhkan masyarakat di tempat kerja, kata Encik Lam.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.