Skip to main content

Singapura

TTSH tingkatkan usaha kitar semula sisa bukan biobahaya

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkongsi di akaun Facebooknya pada Ahad (7 Jul), bahawa Hospital Tan Tock Seng (TTSH) menemui cara-cara untuk mengitar semula sisa bukan biobahaya yang dihasilkan daripada pembedahan katarak, kepada barangan yang boleh digunakan semula.

Dengan 2,400 pembedahan katarak yang dijalankan di TTSH setahun, jumlah sisa yang terhasil adalah 7,200 kilogram setahun.

Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), pula menggunakan semula lebih 3,600 kilogram beg terpakai untuk cecair PVC IV setiap tahun, kepada produk guna semula seperti hos taman dan penutup kabel.

Inisiatif-inisiatif itu adalah beberapa amalan inovatif oleh institusi-institusi dan rakan-rakan jagaan kesihatan, yang Cik Fu pelajari di Persidangan INNOVATE 2024 Pusat Inovasi Jagaan Kesihatan CHI.

Beliau juga menyampaikan Pingat Inovasi dan Daya Penghasilan Jagaan Kesihatan Kebangsaan kepada pertubuhan-pertubuhan yang menyokong tindakan alam sekitar.

Menurut Cik Fu, kesihatan planet dan manusia saling berkaitan, serta sektor jagaan kesihatan memainkan peranan utama dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.

Dengan pelancaran Akademi Kemampanan CHI untuk memperkasa para karyawan jagaan kesihatan bagi menjadi rakan usaha sama dan ejen perubahan yang berkesan dalam mencipta pengetahuan dan amalan baharu.

Mengakhiri catatannya itu, Cik Fu berharap sektor jagaan kesihatan akan mencari cara-cara baharu untuk merawat planet kita supaya bumi berada dalam tahap kesihatan yang terbaik.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita