TTSH tawar syif fleksibel kepada 2,500 jururawat jelang hujung 2024,
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Apabila Cik Manjares Melody Biag kembali bekerja selepas cuti bersalin lapan bulan lalu, beliau memilih aturan kerja baharu dalam sektor jagaan kesihatan: syif-Fleksi.
"Aturan ini memberi saya banyak manfaat kerana saya perlu menjaga bayi saya pada siang hari, dan ini membolehkan untuk tidak terlepas setiap perkembangan pentingnya (anak)," kata jururawat kanan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu.
Cik Manjares merupakan sebahagian daripada inisiatif "jururawat fleksibel" hospital tersebut, yang tempoh percubaannya dijalankan sejak Oktober tahun lalu dengan lebih 200 jururawat terlibat.
Pada Khamis (9 Mei), TTSH mengumumkan bahawa pihaknya akan memperluas program tersebut kepada 2,500 jururawat yang bekerja di 27 wad pesakit bersubsidi menjelang hujung tahun ini.
Terdapat perancangan untuk melancarkannya kepada semua 4,000 jururawat di seluruh hospital, termasuk unit jagaan rapi.
Langkah tersebut dilaksanakan sedang sektor kejururawatan, yang diketahui mempunyai waktu kerja yang panjang dan kerja syif, berdepan masalah dengan kekurangan tenaga kerja. TTSH menyatakan ia berharap untuk memberi para jururawat lebih banyak fleksibiliti, untuk merancang keseimbangan dalam pekerjaan dan hidup mereka dengan jadual yang fleksibel.
Ini antara usaha terbaharu institusi jagaan kesihatan tempatan untuk mengurangkan kadar tirisan dalam kalangan kakitangan.

SEMBILAN RUTIN, SYIF FLEKSIBEL UNTUK DIPILIH
Di bawah program jururawat fleksibel TTSH, jururawat sepenuh masa boleh memilih daripada sembilan syif. Ini naik daripada tiga syif rutin setiap hari sebelum ini, iaitu dua syif lapan jam pada sebelah pagi dan dan petang, dan satu syif malam 12 jam.
Kini, mereka boleh campurkan syif rutin dan syif fleksibel setiap bulan, selagi mereka memenuhi 80 jam bekerja setiap dua minggu.
Enam syif fleksibel tersebut terdiri daripada syif antara empat dengan 12 jam, dengan waktu berbeza untuk memulakan dan menamatkan kerja.
Di bawah inisiatif itu, para jururawat di yang sedang bekerja syif fleksibel dipanggil jururawat-fleksi.
Mereka menyokong jururawat utama, yang mempunyai tugas penjagaan penuh, dengan membantu prosedur kompleks di katil pesakit seperti membalut luka. Mereka juga menawarkan bantuan lain seperti memberi latihan kepada penjaga dan memindahkan pesakit.
SEMANGAT JURURAWAT NAIK: TINJAUAN
Inisiatif tersebut menjimatkan masa jururawat utama sebanyak 30 hingga 90 minit sehari, dan membolehkan mereka mempunyai masa rehat yang mencukupi dan lebih fokus kepada tugas utama mereka, dedah hospital itu dalam satu kenyataan media.
Selepas percubaan tersebut, yang mengambil masa dua bulan dari Oktober 2023 hingga Januari 2024, TTSH menjalankan tinjauan ke atas para jururawat yang mengambil bahagian, dan ia menunjukkan peningkatan pada semangat kakitangan.
Hampir semua jururawat melaporkan bahawa mereka boleh mendapat rehat yang cukup ketika syif mereka, naik daripada 54 peratus. Sembilan daripada 10 jururawat mengalu-alukan aturan kerja baharu itu.
Jumlah jururawat yang dapat meninggalkan tempat kerja tepat pada masanya bagi kebanyakan atau semua syif juga meningkat seganda, berbanding kurang daripada 30 peratus kepada 70 peratus.
Satu lagi cabaran utama adalah jadual syif, yang dibuat secara manual.
TTSH sedang bekerjasama dengan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) untuk menghasilkan sofwe disokong kecerdasan buatan (AI), yang dapat menghasilkan jadual tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.