Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TTSH perluas skim untuk warga emas dapatkan suntikan vaksin selesema tanpa janji temu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga emas yang layak berjumpa doktor di klinik-klinik pakar pesakit luar di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) mungkin akan menerima suntikan vaksin influenza dan pneumococcal semasa janji temu mereka.

Ini sedang TTSH berusaha untuk meningkatkan pengambilan vaksin-vaksin tersebut.

Secara tuntasnya, para pesakit boleh menerima suntikan vaksin tersebut tanpa membuat sebarang janji temu. Mereka hanya perlu berada di klinik yang dikunjungi mereka dan mereka bahkan tidak memerlukan doktor untuk mempreskripsikannya.

Inisiatif tersebut, yang dikendalikan secara bebas oleh para jururawat terlatih dan dirintis pada Oktober 2020 di tujuh klinik pakar, dijangka akan diperluaskan secara bertahap-tahap kepada 32 klinik lain di sekitar hospital tersebut pada tahun depan.

MENGAPA TTSH BERBUAT DEMIKIAN?

Inisiatif itu diperkenalkan menyusuli dapatan yang diterbitkan oleh Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada bulan lalu.

Ia mendapati golongan dewasa lebih tua dengan komorbiditi metabolik, yang lebih berisiko terkena jangkitan influenza yang teruk, mengekalkan tindak balas imun yang baik terhadap vaksin influenza.

Mereka yang mempunyai komorbiditi metabolik mempunyai satu atau lebih penyakit yang dikaitkan dengan obesiti seperti kencing manis, hipertensi dan hiperkolesterolemia (gangguan lipid di mana kolesterol tidak baik dalam badan adalah pada tahap yang terlalu tinggi).

BAGAIMANAN PESAKIT DIPILIH?

- Algoritma yang mengendalikan data pesakit secara aktif, akan mengenal pasti pesakit yang layak antaranya berdasarkan rekod perubatan dan sejarah vaksinasi mereka.

- Jururawat terlatih bagi inisiatif yang diterajui oleh para jururawat, akan menawarkan vaksin kepada pesakit-pesakit yang dikenal pasti dan menyediakan kaunseling bagi menerangkan sebarang alahan, kesan sampingan dan kos vaksin.

- Menurut Jururawat Klinisian TTSH Ye Xiuhua, para jururawat akan mendampingi pesakit pada masa yang sesuai seperti ketika mereka sedang menunggu hasil ujian darah, untuk "menambah nilai" lawatan klinik mereka.

- Setelah divaksin, jururawat akan menerangkan manfaatnya.

- Ia berbeza daripada amalan sekarang, di mana doktor mesti mempreskripsikan suntikan sebelum jururawat boleh berbuat demikian.

- Selain vaksin selesema, vaksin pneumokokal turut membantu mencegah penyakit pneumokokus yang disebabkan oleh bakteria, yang boleh menjangkiti paru-paru (menyebabkan radang paru-paru), telinga (otitis media), otak (meningitis), dan jangkitan serius yang lain.
 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan