TTSH, NTU gabungkan khidmat TCM ke dalam jagaan kesihatan pesakit di hospital
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kaedah perubatan tradisional Cina seperti akupunktur akan melengkapkan kaedah perubatan Barat, dalam jagaan kesihatan pesakit di hospital, di bawah satu inisiatif baharu.
Perkongsian antara Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu sebahagian daripada usaha lebih luas, untuk menggabungkan perubatan Barat dan Timur dalam sistem jagaan kesihatan Singapura.
Langkah itu diumumkan di Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura pada Khamis (9 Okt).
Mulai tahun 2027 pula, para pelajar kursus Perubatan Cina di NTU juga akan menjalani latihan pratikal selama 13 minggu di TTSH, selama tiga jam seminggu pada tahun akademik terakhir mereka.
Mereka dijangka menjadi pelapis pengamal TCM.
Satu tinjauan yang dijalankan pada 2022 mendapati satu daripada setiap lima orang dewasa menggunakan khidmat TCM.
Hampir 40 peratus daripada mereka juga menggabungkannya dengan perubatan Barat.
Model Perubatan Bersepadu yang dirintis di TTSH itu disokong oleh NGH Health.
Turut diumumkan di kongres tersebut, adalah satu perkongsian yang menyaksikan kerjasama antara NHG Health dengan DFI Retail Group untuk menghasilkan makanan dan suplemen bagi warga emas.
DFI mengendalikan cawangan seperti Guardian dan 7-Eleven di sebahagian Asia.
Produk-produk itu akan dihasilkan berdasarkan penyelidikan klinikal dan mungkin dijual menjelang tahun depan.
Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Koh Poh Koon berkata perkongsian lebih kukuh dalam kalangan institusi dan masyarakat boleh menambah nilai kepada pengalaman jagaan dan keadaan kesihatan.
Beliau berkata: "Inisiatif-inisiatif ini memberi contoh bahawa pendekatan kolaboratif adalah penting bagi meningkatkan kesihatan penduduk di merata Singapura, mencapai wawasan ini memerlukan kerjasama yang kukuh dalam kalangan institusi jagaan kesihatan, akademia, industri dan pertubuhan masyarakat.
"Kolaborasi seumpama ini akan membentuk masa depan jagaan kesihatan di Singapura."

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.