True Fitness, True Yoga bakal ditutup di Singapura akibat persaingan, kos meningkat
True Fitness dan True Yoga bakal ditutup di Singapura, dengan syarikat induknya di Hong Kong menyifatkan persaingan pasaran yang "sengit" serta kos mendapatkan pelanggan yang semakin meningkat sebagai antara cabaran utama.
- True Fitness and True Yoga in Singapore will close after parent company Kontafarma China Holdings announced heavy losses and high liabilities.
- A voluntary liquidation will begin, with insolvency specialists appointed to manage the company's assets and operations.
- Intense competition, high operating costs and changing fitness trends have left the company unable to continue operating.
- Kontafarma hopes the liquidation will allow it to focus on the more profitable pharmaceutical segment.
- True Fitness dan True Yoga di Singapura akan ditutup selepas syarikat induk Kontafarma China Holdings mengumumkan kerugian besar dan liabiliti tinggi.
- Pembubaran sukarela akan dimulakan, dengan pakar insolvensi dilantik untuk mengurus aset dan operasi syarikat.
- Persaingan sengit, kos operasi tinggi, dan perubahan trend kecergasan menyebabkan syarikat tidak mampu meneruskan perniagaan.
- Kontafarma berharap pembubaran ini membolehkan mereka fokus kepada segmen farmaseutikal yang lebih menguntungkan.
Menurut pemfailan bursa oleh syarikat induk Kontafarma China Holdings pada Khamis malam (10 Sep), para pengarah True Fitness dan True Yoga membuat keputusan bahawa kedua-dua syarikat tidak dapat meneruskan perniagaan kerana menanggung liabiliti yang besar.
Pakar pengurusan insolvensi Goh Wee Teck dan Lin Yueh Hung daripada RSM SG Corporate Advisory dilantik untuk mengambil alih urusan syarikat sementara proses pembubaran dimulakan.
Mesyuarat agung luar biasa bagi kedua-dua syarikat akan diadakan pada 7 Oktober bagi mengusulkan pembubaran secara sukarela oleh pemiutang. Mesyuarat bersama pemiutang akan diadakan selepas itu.
Kedua-dua syarikat, yang secara kolektif dirujuk Kontafarma sebagai True Singapore Group, mengendalikan 10 pusat kecergasan dan yoga di Singapura di bawah tiga jenama – True Fitness, TFX dan Yoga Edition.
Pusat-pusat kecergasan dan yoga itu dijangka ditutup sebagai sebahagian daripada proses pembubaran syarikat.
KERUGIAN MENINGKAT
True Singapore Group mencatat pendapatan sekitar HK$181.2 juta (S$29.3 juta) dan kerugian kira-kira HK$34.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Pada akhir 2025, kumpulan itu mempunyai jumlah aset sekitar HK$149.7 juta berbanding liabiliti kira-kira HK$555.5 juta.
Akaun pengurusan yang belum diaudit menunjukkan perniagaan itu mencatat pendapatan sekitar HK$118.4 juta dan kerugian HK$19.1 juta bagi lapan bulan pertama tahun ini.
Setakat 31 Ogos, asetnya berjumlah kira-kira HK$204.5 juta, manakala jumlah liabiliti mencecah sekitar HK$633.8 juta. Ini menjadikan liabiliti bersihnya kira-kira HK$429.3 juta.
Kontafarma menyatakan perniagaan kecergasannya di Singapura berdepan pelbagai cabaran, termasuk persaingan yang "semakin sengit" serta kos tinggi untuk menarik pelanggan.
Walaupun menerima suntikan dana daripada syarikat induk, operasinya di Singapura terus mencatat prestasi lemah dan berdepan tekanan aliran tunai yang ketara.
Kontafarma menyifatkan cabaran yang dihadapi True Singapore Group sebagai "belum pernah berlaku sebelum ini".
Menurut syarikat itu, populariti gimnasium butik yang semakin meningkat menambah persaingan, manakala kemudahan gimnasium di kondominium dan kawasan perumahan turut mengurangkan keperluan sesetengah pengguna untuk melanggani gimnasium luar.
Persaingan daripada latihan online, aplikasi mudah alih, platform video dan bimbingan secara maya turut memberi pengguna lebih banyak pilihan untuk bersenam di rumah atau di luar.
Menurut Kontafarma, faktor-faktor tersebut menyukarkan usaha menarik pelanggan, selain kos operasi yang tinggi dan aliran tunai yang terhad.
"Walaupun segala usaha sudah dilakukan untuk mengawal kos dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan kecergasan di Singapura, perniagaan itu amat sukar diteruskan dalam keadaan pasaran yang sangat mencabar," menurut syarikat itu.
Kontafarma menyatakan pembubaran kedua-dua syarikat akan membolehkannya menggunakan sumber dengan lebih optimum bagi mengembangkan perniagaan farmaseutikal kumpulan.
OPERASI DIJANGKA DIHENTIKAN
Sebaik sahaja pelantikan pelikuidasi sementara berkuat kuasa, urusan, operasi dan aset True Fitness serta True Yoga akan diambil alih, manakala para pengarah kedua-dua syarikat tidak lagi mempunyai kuasa pengurusan, menurut Kontafarma.
"Operasi pusat kecergasan dan yoga dijangka dihentikan susulan bermulanya proses pembubaran sementara," menurut syarikat itu.
Proses pembubaran secara sukarela oleh pemiutang akan bermula selepas keputusan rasmi diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa.
Setakat 31 Ogos, True Singapore Group turut berhutang kira-kira HK$309.7 juta kepada kumpulan Kontafarma.
"Jumlah sebenar hutang tersebut akan ditentukan oleh pelikuidasi, manakala jumlah yang dapat diperoleh semula bergantung kepada aset yang berjaya dijual menerusi proses pembubaran dan pengagihannya kepada pemiutang mengikut susunan keutamaan yang ditetapkan di bawah undang-undang Singapura," menurut Kontafarma.
Kontafarma juga memberi jaminan kepada sebuah bank bagi pinjaman yang diberikan kepada True Fitness.
Setakat tarikh pengumuman itu dibuat, jumlah hutang True Fitness kepada bank tersebut adalah sekitar S$2.3 juta.
Kontafarma menyatakan pihaknya percaya pembubaran itu tidak akan membawa "kesan buruk lain yang ketara" terhadap prestasi kewangan dan operasi perniagaannya yang lain.
Segmen farmaseutikal Kontafarma menyumbang kira-kira 76.7 peratus daripada pendapatan kumpulan pada separuh pertama 2026 dan merangkumi 78.5 peratus daripada jumlah asetnya setakat 30 Jun.
Mediacorp sudah menghubungi Persatuan Pengguna Singapura (CASE) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.